Jul 31, 2011

saya dah memulakan shopping.



dengan lafaz bismillahirrahmannirrahim, saya rasmikan kerja meng-shopping. bermula ini hari sehinggalah nanti sehari sebelum raya. ok kalian ingat saya ni anak tokei mydin ke apa hari hari shopping. saya pun manusia biasa juga.

tadi abang jeans kata "ini shopping puasa." abang jangan nak main rembat je cakap. ini raya punya tahu. puasa nak shopping jadah bukan dapat makan ketupat kuah kacang lima rumah gilir gilir pun. hihi.

saya penat lah nak cakap mak nenek malam ni. saya ada gambar. kalian suka gambar kan? nah makan tu gambar. haha.


ibu saya.

fareha rahmat:kakak tua. haha

farhah izzati:third sistahh

fizah rahmat:second sistahh (muka macam nak kena sambar halilintar tak? haha)

kenapalah saya ni pesen suka bergambar. weh takdir tuhan lah manusia punya habit. hm


nanti nanti saya turun kl pula, lets go shopping bang ucie!

ps: dah dapat satu levis. terima kasih ibu :')





Jul 29, 2011

menjelang ramadhan.



siapa yang tak kenal bulan Ramadhan. bulan puasa. bulan penuh keberkatan. bulan terawih ramai ramai. bulan nafsu makan paling gampang. bulan elak buat benda jahat. bulan Hamzah Ian, Ayeem Ayam takboleh melucah dekat blog. sedih. haha.


oleh kerana kita sedang elok tunggu anak bulan terlihat eloklah saya ingat kembali pesen puasa saya amalkan 10 tahun lalu. kira kira masa umur 8 tahun.

huishh. saya syak puasa saya ni puasa bukan lillahi Taala. puasa kerana ayah. takut ayah marah tak puasa. apa jenis umat ni. hm

sewaktu bulan puasa, benda paling menarik ialah beli bunga api dan main. lalu buat perjanjian dengan sang jiran tiap malam jam 0800-0830 pm main bunga api depan rumah. kongsi kongsi tukar tukar bunga api. benda sama yang semangat tukar tukar dah apahal. terserlah kecomelan masa kecil. tu yang membawa sampai sekarang tu. hahaha shoot lah saya shoot shoot.


best ah kan waktu kecil puasa takpayah ganti. apabila akil baligh menyerang anda rasa dunia bukan anda yang punya lagi. hm mood puasa ganti*



kelmarin punya kelmarin saya buka 3 bungkus ayam uncle bob ini hari dapat double chin. siapa boleh celen saya? haha. melayang rm16.50 hanya untuk makan. saya tergila gila betullah dengan ayam tu. weh tolonglah faham kenapa nak sedap sangat. dan ini hari saya order dua bungkus lagi untuk dibuat berbuka. masyuk. ok diam.


ps: taksabar weh nak shopping raya. kasut nak lima, beg nak tiga, baju nak sepuluh, seluar nak tiga, shawl nak lapan, skirt nak empat. belt nak lima belas ok over. arghhh meroyan.



Jul 28, 2011

fakta wanita Malaysia kuat tension boleh pakai.



Assalamualaikum. saya sayang keluarga saya saya sayang ucie saya. huishh. style en intro saya? hihihi.

sebenarnya fakta tension tu true sangat. kenapa perempuan ni menggelabah kaw-kaw padahal benda kecil je. lelaki boleh chill se-chill chillnya kalau benda tu kecil ke besar. 1 markah untuk lelaki dari dulu hingga kini.

kalau dekat facebook home page saya, yang selalu update status caci maki siapa? perempuan. yang selalu update status "tension" siapa? perempuan. yang update frust dengan line celcom/maxis siapa? *saya lah tu. perempuan lagi. yang setiap update status dia ada je berbaur marah. dah marah maki. dah maki gelak pula. scary. siapa ni siapa? perempuan. susah jadi perempuan ke cane ni?

jarang jarang lihat lelaki update maki. tapi sekali update maki habis semua khatam. belajar celah mana ni kitab mencarut mana ni? pinjam boleh? haha

nak bilang saya tak memaki. itu bullshit. sering je saya maki. tapi pada benda tak hidup lah. sakit jiwa tersadung batu. kejadian menyialkan batu bukan berniat. tidak tidak. itu spontan sangat. tindakan diluar sedar lah :/

eh tapi saya ada juga maki (cakap macam keling) benda hidup kalau tidak mood. apabila syaitan menguasai diri. dem.. hah nampak nampak?

saya jarang sangat update status facebook saya. tika gembira atau marah atau duka. jarang. saya nak minta maaf jika saya ada memaki, mencarut ke apa kepada kalian, itu semua tak terduga keluar dari mulut. sobs sobs

bagi yang suka update status pemakian please jangan update lagi. jangan. jelas sekali tension kalian tu. saya rasa takperlu sangat nak bagitahu kawan facebook yang kalian sedang membabi mensial membodohkan orang lain. tak seronok ok benda macamtu. kalau marah cakap dengan mangsa marah jela k. haah memang tu facebook kalian. lantaklah. siapa saya nak cakap macamtu kan? burrrr. what evahhh. haha.

cop last last, kadang kadang fenomena maki ni takboleh dipisahkan jika dah terbiasa. kan?

ps: nak puasa dah ni. selamat berpuasa :')



Jul 26, 2011

Reason why i deserve new cell phone.




cara buat muka merajuk///jangan pandang lensa kamera. menjadi punya. haa nampak. menjadi dah.


take time to realize, father. i need new cell phone. freaking freakishly immediately. sobs sobs *kesat-hingus-hijau-kebiruan

tidaklah saya nak mengampu ayah nak bodek ibu suruh beli handphone baru. saya setakat sebelum ni watlek je. kakak saya fareha pun dah super-belas-kasihan-sambil-kutuk-handphone-saya-muka-kerut-kerut sewaktu lihat handphone saya. jelatang betul.


ini tenggiling pink hodoh siapa ni. dah kopak kopak selebet macam gampang dah. *saya!saya!

saya tahu dia selekeh. jangan hina dia depan saya. saya je boleh hina dia. tahu tak dia banyak masalah? tahu takkkk!??

tak cukup dengan tulisan sony ericsson dah samar samar, button yang tu juga dah calar balar.

back view. amacam? true tak? galak betul dia tergesel gesel. tu diaaa efek sememeh.

masih back view tapi bottom part. yang ini ialah part yang paling mahaselekeh.

ingat luaran je ke yang cacat? tidak tidakk. separuh dalaman juga cacat. fyyyyi, kadang kadang keypad sekalian ada yang takboleh tekan. itu hari jatuh terjelepuk handphone saya tuptup no 2,5 dengan 0 tak berfungsi. hash tag pula memang sejak azali tak dapat ditekani. tekanan. (nak topup kena pakai hashtag kan?)

ok fine. nampak kan figura tengah tu. sepatutnya macam ada lah tiang tiang yang merapatkan hubungan antara penutup tu dengan cell body handphone. tapi dah patah patah langsung satu tiang tak tinggal. jadi kalau saya tak salotape-kan menatam tu, nanti bateri saya cepat terkeluar dari kedudukan sepatutnya. weh tak macam bodoh takde kerja nak masukkan bateri jutaan kali?

eventhough si tenggiling pink yang sedang penyakit merabak rebak ni beri problems, dia banyak jasa. kalau dia takde, masakan 18hours saya dapat text bang ucie saya. hihihi. 6jam lagi membuta lah maknusia bumi.


jadi kepada ayah yang omel omel gitewwwww, kalau nak belikan orang handphone baru belilah [Sony Ericsson Xperia X8] atau [Sony Ericsson Xperia X10 mini pro]atau mungkin juga [Sony Ericsson Vivaz] murah je. muehehehehe :P

ps: doakan banyak banyak saya dapat handphone baru. saya dediket entri ni untuk ayah. (walaupun ayah takkan pernah buka blog saya sebab ayah tahu ke saya ada blog kiut kiut macamni masalahnya. entahlah)



Jul 23, 2011

sekarang saya addicted uncle bob.




semalam saya buka puasa. saya order uncle bob. macamni uncle bob tu.

ini sejenis ayam gunting yang dilada-ladakan. makan ini boleh khayal ok. setiap kali pergi pasar malam pasar tani ini saya beli.

saya order dua bungkus. saya makan rakus gila. sahur pun makan itu juga.

hasilnya, ini hari cirit. syabas. jarang jarang saya o'ok dua kali sehari. sila terharu dan sila ucap tahniah pada saya. saya bangga saya bangga.

petang tadi, saya dimekapkan. again and again and again sayalah bahan uji kaji. jangan kritik muka saya, kritik hasil mekap Fareha Rahmat. baru ada umphh. anyway, saya suka dia mekapkan. itu hari dia mekapkan pun saya lalai nak lelap mata. haha sakai. apa apa pasal mekap, pergi blog kakak kita ni okay? Assalamualaikum.

ini untuk dinner. muka jangan nak aneh sangatkan. bang ucie, kita dinner nnt saya takkan mekap tau. saya tak selesa. nanti saya nak jilat bibir rasa litick. eww. kahkah.




Jul 22, 2011

blog mana yang ohsem?



Assalamualaikum. saya sedang menjalani penggantian puasa yang berlambak dan sehingga sehari sebelum puasa saya akan berpuasa. kata ibu pada saya 'kurusnya kau' *sambil hidung kembang kempis muka kerut*. kata ucie pada saya 'kenapa kurus cengkung macam didie alias?' hahaha.

tell myself, she didnt bangun for sahur. malas lah gila. dengan makanan takde. kritikan 'seperti didie alias' saya ambik serius. jadi pagi tadi saya sahur sebatang coklat cadbury dan sebatang kinder bueno beserta air putih. saya harus bertahan.

berbalik pada tajuk. blog mana yang ohsem? blog mana yang gaya penulisannya hebat bagi saya? blog mana yang menarik minat saya? dan sampai kadang kadang saya takfaham apa yang blogger tu sampaikan. bahasa tinggi do'oh. haha. sarcastic much. banyak.. saya yakin banyak blog macamtu saya belum jumpa. tapi yang saya dah jumpa ialah

#1 Ghost Writer - setakat ini blog dia yang bahasa paling aku minat. bahasa je. bukan dia k. *mata pandang atas tangan kat dada

#2 Falsafah Mahkota - selalu short update tapi ada point serta sarcastic tapi best. dah pandai letak header bergambar. kahkah

#3 Jari Yang Terbarai - sarcastic juga. eh tapi kelakar serius point dia macam isi tersirat gitohhh.

#4 Jerit Pekik Ku - macam lonely pun ada. weh chill k. joke. blog dia best lihat pada susunan ayat, pemilihan ayat. macam kalau buat karangan saya syak mesti A kuasa 10.

#5 Aku Ada Blog La - ini lagi satu. update seringkas mungkin tapi isi kemain. sedap je kalau nak komen. hebat doh orang macamni.

cukup lima. itu versi lelaki. versi perempuan ada juga. nantilah esok esok. saya jet-leg. ok tipu. tiba jet-leg dah apahal. bajet baru balik dari amarika. sejak akhir akhir ni galak saya membajet en.

sebenarnya kenapa entri ni terjadi. sebab saya kagum dengan cara mereka. sometimes, smiley pun susah nak ketemu dalam segelintir blog blog ni. kool enough. kbai.

saja letak. entri panjang takde gambar bosan doh nak baca. saya selalu macamtu. bai bai bai.




Jul 21, 2011

saya jumpa Heliza Helmi.




Busted !





saya bajet saya jumpa artis lagi.

kalian lagi bajet percaya saya jumpa artis.

saya bajet nak tipu kalian.

saya syak penipuan saya tak menjadi. dem.


saya jumpa ucie lah. lama gila tak jumpa. ucie ucie ucie..

kacak orangnya. kahkah. ok sayang kau selalu. xoxo.

ini artis dalam hati saya. hanya saya ok.


saya rockstar kan kalau berdiri tegak? kentutlah kau pyka :/

hoi jangan berani tenung mata dia lama lama k. tahulah mata dia coklat.


p/s: selalu kalau keluar mesti bersama fyka haziq, ini hari. tiada lagi. rindu fyka sangat :'/ kalau dia ada, dia lah fotografer paling comel sewaktu nge-date bersama bang ucie. hm




Jul 19, 2011

rambut yang gugur.



Assalamualaikum. saya guna aku.

aku ingat aku ni ada penyakit leukimia ke apa. rambut kalau nak gugur takboleh banyak lagi. dah boleh buat rambut palsu dah weh. kan best kalau dosa aku gugur macamtu je. kan best kalau duit gugur dari langit macamtu je.

semenjak kapan entah aku tukar tukar sampu, inilah hasilnya. dah gugur tak reti reti nak elok balik ke. kan dah pakai safi. dah pakai head & shoulder. semua hampeh. pantene belum. dove belum. rejoice belum. oh banyak lagi yang belum rupanya. ho ho

apabila aku bangun tidur, rambut memang wajibul ghunnah bersepahan. macam gampang rambut kalau gugur. segumpal sejambak gitohhh. buat bisnes wig memang laku lah aku syak. akulah penjual wig yang berjaya. dangg..

harus tak aku pergi 101 hair care ataupun yun nam ke. tolong kipaskan ibu bawak aku pergi sana. tolong. kalau tak lepas ni iklan rambut separa botak tu muka aku je takde orang lain. arghhh!

p/s: aku lulus test JPJ(kereta) dengan jayanya. kalian harus belanja aku kos rawatan rambut gugur. cepat aku tunggu.





Jul 17, 2011

saya jumpa blogger lagi.



muehehehehehe takpayah nak meluat sangatlah kan dengan tajuk entri saya. saya manusia biasa yang tak cukup ketinggian dan saya memiliki ucie. tibatiba.

sebenarnya saya rasa kekok guna saya. macam eww sikit dengan diri sendiri.

so hari ni saya jumpa dua lagi blogger. saya macam kurang mendatangi blog diorang tapi saya kenal ok saya kenal. lepas ni saya datang selalu. orang famous haruslah dikenali ramai. makanya, saya jumpa ini.

siapa tah ni. kutip dekat kawasan perumahan. berkeliaran. dia advance. bawak laptop walaupun berlegar legar.

juga ini,

teman sepermainan beliau. kemain cun lagi.


saya sebenarnya takperlu pun kenalkan siapa diorang. korang tahu kot. retiss ni. rugilah tak kenal. seriusly diorang romeo juliet versi melayu yang tiga suku. kahkah. diorang cool slumber gila mesra boleh dibawa berbincang diorang best diorang osem diorang peramah kelakar blablabla.

hatta, inilah Ujang 9897 dan Yana Life 101


sekali lagi saya ikut fareha rahmat pergi mekapkan kak yana pula. hihi. lain kali heliza helmi. muahaha berangan. bai Assalamualaikum.

p/s : hatta tu macam tak kena je kan.




Jul 16, 2011

keterujaan jumpa blogger famous.



Assalamualaikum earthlings.

ini hari saya jumpa retiss. kembatolo, ini baru retiss yang sebenar ogeyhh? yang ni ni yang bawah ni.


|
|
|
|
\/







retiss kan dia? okay saya nak cakap yang dia mahadahsyat kecilnya. this is for real. weh saya dah rasa yang saya ni mamee monster dah diri sebelah dia. sumpah lillah dia kecil. saya ajet ajet selama ini saya yang terkecil di dunia :/ kasihan saya *tepuk atas kepala sendiri

dan kak yuyu, sedalam dalam hati saya ingat lelaki kaca mata tu boipren kak yuyu. lelaki kaca mata mana? yang ni ni.



siapa dia ni apahal tiba nak mention mention pula. apahal dia boipren yuyu zulaikha pula. *tibatiba. sebenarnya asyraf jalil ialah seorang blogger. dia kawan yuyu. tak kenal ke dia ni? alaa yang buat sunshine smile contest menang polaroid. contest dia dah tamat ok. saya menang mottor terima kasih pawarut.

entri ni dah apahal motif mende. oh tak nak bagitahu je saya jumpa public figure. saya agak hari ni momen tadi kira momen paling seronok ah kan. kahkah.

fareha rahmat mekapkan dia. saya ikut. saya tangkap gambar dia banyak puluh puluh ratus. oh saya sangat teruja saya teruja!


nampak? saya tak jengket pun. supernatural. puihh haha. err mulut saya kenapa oh macam apam balik separuh masak.


matkool matkool kawanku mari kita ikut matkool main main selalu syioknya syioknya ada matkool


itu Asyraf Jalil itu Yuyu Zulaikha itu pykaRahmat itu atap rumbia itu ok cukup

haruslah ada foto single untuk buat default facebook kbai haha. cop, kak yuyu kata muka saya macam nana AF -.- apakah.


p/s : keluarga saya ialah nyawa saya. muhammad ucie ialah jiwa saya <3



Jul 11, 2011

kenalkan. ini lukisan ucie.



Assalamualaikum penduduk bumi.

siapa tak kenal Ayeem sibapak ayam. dia ni tamak haloba. orang ada satu blog je. dia ni sampai enam blog. merangkap public figure boleh aaaa. muahaha. sangatlah lame jika anda tak kenal blog dia sebab blog dia banyak figure bergerak. canggih. saya suka buka pakaian ayeem dekat header dia. hot syial. haha. ok enough is enough.

saya bukan nak sangat cerita pasal dia. okay kurang ajar dah ada sikit tu.

oh ya. anda taktahu apa enam blog ayeem? click sini. dekat facebook kami anak beranak. dekat lain kami musuh. sebab saya tak sangka yang bapak saya ni ber-relation dengan hamzah ian. rasa nak pitam.

jadi, salah satu blog dia ialah fuubook.com. situ anda boleh hantarkan lukisan kreatif anda dekat dia. jadi, ucie telah menghantar satu lukisan dekat fuubook.



tidaklah dia seorang yang hantar. ramai lagi. bang ucie baru je berkecimpung. dia minat dia buatlah. lukisan yang sebegini tanpa drawing pad amatlah saya kagumi. even tak secantik dan sesemat lukisan HeidiShafiq. sebab saya lukis seketul bibir pakai paint pun dah macam haremm.

"pyka ni nak puji bang ucie dia je"

helo helo, jangan fikir macam baghal sangat kalau anda jumpa mana mana lukisan yang cantik anda juga akan jadi macam saya. walau siapa pun dia. ya walau siapa pun dia.



Jul 9, 2011

BERSIH=JALAN TUTUP=KESAN SAMPINGAN



Assalamualaikum. saya bukan nak beritahu pasal menatam apa bersih ni apa makanan kegemaran dia atau dengan siapa dia nak berkahwin. saya tak berminat dengan permainan politik yang makin hari makin membosankan.

semoga Allah tetap amankan Malaysia sampai kiamat.

saya hanya nak beritahu, sempena perhimpunan yang kerajaan tak halalkan tu kan saya dan keluarga tak dapat pergi ke majlis perkahwinan ex jiran saya yang agak rapat di KL. jalan tutup bukanlah benda yang boleh digelakkan dan jem seperti taik keras memang berlaku.

nanti siapa yang nak makan lauk kenduri dia? siapa yang nak kutip telur percuma? siapa yang nak tambah air tambah nasi tambah lauk? hm esok je lah kita ketemu jiranku.

secara serius, tadi ada jualan gudang dekat kilang makanan sebelah kilang tobacco di shah alam. yang ada hanya chocolate. eh harga dia macam kambing gurun murah. tanjat boboi. tak sampai RM30 semuanya. ini setakat hasil yang diperolehi.

mari makan sampai muka biru. kerkhh kerkhh tak lawak.

dan ini boleh dijadikan wordless saturday. hihi :')





Jul 8, 2011

bagaimana tahap kesihatan saya pada setakat ini.



"Beta rasa beta sangat gering dua tiga hari ni. dua tiga hari yang sukar sekali."


Assalamualaikum. hai saya rasa badan saya suam suam panas kaki jari sejuk sejuk ikut mood kalau petang petanglah saya akan menggigil kalau malam malam lah saya akan menggigil. kadang kadang petang menggigil malam pun menggigil. saya yakin saya takde saka saya cuma sedang mengalami penyakit-saya-pun-takfaham.

jadi sudah tiga hari ni saya akan menggigil kuat bila sejuk saya semacam rasa eh saya nak mati dah ke atau saya ni ada penyakit kronik yang pelbagai ke apa saya runsing.

saya taknak ada parkinson pada usia yang muda :/

saya takdapat sakit kepala saya takdapat muntah saya takdapat selsema saya juga takdapat batuk. tapi leher saya panas badan saya panas jari saya sejuk tapak kaki saya sejuk. siapa doctor tolong check saya dari jarak jauh. saya nak tahu saya terkena penyakit apa, saya terkena gangguan syaiton nirojim ke gamaknya. i have no idea.

saya tak suka pergi klinik sebab saya tak suka doctor check check saya masukkan alat canggih dalam rongga badan saya saya tak selesa. saya pernah menangis bila doctor tanya saya sakit apa. dia tanya je kot. saya cambodoh nangis dah apahal. haha.

saya amat sensitif dan emosional apabila gering ok. cakap lah apa salah sikit pasal saya, saya nangis. saya macam pondan lah.

saat saya menulis entri ini, ibu jari kaki saya sangat sejuk.


#saya sayang keluarga saya dan Muhammad Shukri sehebat-hebatnya.



Jul 6, 2011

Wordless Wednesday #2






#see? aku wordless dengan jayanya. muahaha. ok annoying much. Assalamualaikum.




Jul 3, 2011

saya ada pembenci #2




benci benci buka juga babustory kan? entri ini yang kedua kali untuk pembenci saya yang paaaaaaaaaling setia. saya tertanya tanya kenapa anda terlampau benci saya. sebab saya tak approve anda dekat facebook ke? sebab saya tak poke balik? sebab saya tak comment dekat blog anda semula?

bila orang terkenal macam hanis zalikha perlakukan anda macam ini anda ada tak nak cakap yang dia tu gedik berlagak blablabla?


haters ni nak lihat saya jatuh. dia benci saya. kenapa? saya tidak tahu.


mulut anda saya takboleh nak tutup. in fact saya mungkin geli nak tutup. dah besar. pandai pandai lah jaga diri anda ya. saya telah maafkan anda tapi tidak seikhlas hati saya sebab saya juga ada perasaan, haters.

cara nak hilangkan kemarahan/kebencian : ambil wuduk.




saya ada pembenci.

pembenci beserta alphabet s. maknanya pembenci pembenci?


kusssemangat. siapa beliau. kenapa dengan beliau?

lepas saya update poke poke thing semalam shoutbox saya terima ini. hihihi.

hai haters, janganlah nak suruh saya go to hell sangat. buat chill sudah lah. anda jelah yang pergi sana. saya taknak. saya tak paksa anda nak suka saya. saya tak paksa anda nak benci saya. anda dengan dunia anda sukahati anda lah. teruskanlah dengan benci anda. teruskanlah dengan kesedihan anda sebab terjumpa dan mengenali blog saya. saya dapat buat apa je. banyak lagi hati orang lain yang saya nak kesahkan. hihihi.

kan saya kata kalau orang tak kenal saya memang akan ada buruk sangka. naaaaaah. anda lah orangnya anda lah anda lah yang kita cari. hihihi.

saya berlagak apa? cercite cercite. mungkin anda bukan pembaca yang sporting. mungkin anda bukan satu kepala dengan saya. mungkin anda tersalah faham atas entri entri saya yang lalu. maaflah sebab saya memang takkan dapat puaskan hati semua orang. sekali lagi orang itu anda. hihihi.


hanya yang betul betul kenal saya yang tahu saya bagaimana. anda? sikit pun tidak mengenali saya dan anda tak berhak langsung mengenali saya.
selamat berjaya dalam hidup, haters.



Jul 2, 2011

main poke poke ni seronok sangat ke?





senget eh gambar tu? apesal ah?

ok kepada sang poker sama ada saya kenal atau tak, hihi thnks lah main poke poke ni. saya bukan suka nak poke balik. itu hari saya poke balik sahabat saya nur amalina isa, takde beza pun. macam takde efek pun. macam sia sia pun. macam poke ni betul betul tak menarik. muahaha. nak marah saya marah lah. sekurang kurangnya saya letak anda dekat blog saya. hahahaha. okay amat menjengkelkan. bai Assalamualaikum.