Jul 29, 2011

menjelang ramadhan.



siapa yang tak kenal bulan Ramadhan. bulan puasa. bulan penuh keberkatan. bulan terawih ramai ramai. bulan nafsu makan paling gampang. bulan elak buat benda jahat. bulan Hamzah Ian, Ayeem Ayam takboleh melucah dekat blog. sedih. haha.


oleh kerana kita sedang elok tunggu anak bulan terlihat eloklah saya ingat kembali pesen puasa saya amalkan 10 tahun lalu. kira kira masa umur 8 tahun.

huishh. saya syak puasa saya ni puasa bukan lillahi Taala. puasa kerana ayah. takut ayah marah tak puasa. apa jenis umat ni. hm

sewaktu bulan puasa, benda paling menarik ialah beli bunga api dan main. lalu buat perjanjian dengan sang jiran tiap malam jam 0800-0830 pm main bunga api depan rumah. kongsi kongsi tukar tukar bunga api. benda sama yang semangat tukar tukar dah apahal. terserlah kecomelan masa kecil. tu yang membawa sampai sekarang tu. hahaha shoot lah saya shoot shoot.


best ah kan waktu kecil puasa takpayah ganti. apabila akil baligh menyerang anda rasa dunia bukan anda yang punya lagi. hm mood puasa ganti*



kelmarin punya kelmarin saya buka 3 bungkus ayam uncle bob ini hari dapat double chin. siapa boleh celen saya? haha. melayang rm16.50 hanya untuk makan. saya tergila gila betullah dengan ayam tu. weh tolonglah faham kenapa nak sedap sangat. dan ini hari saya order dua bungkus lagi untuk dibuat berbuka. masyuk. ok diam.


ps: taksabar weh nak shopping raya. kasut nak lima, beg nak tiga, baju nak sepuluh, seluar nak tiga, shawl nak lapan, skirt nak empat. belt nak lima belas ok over. arghhh meroyan.