Jul 9, 2011

BERSIH=JALAN TUTUP=KESAN SAMPINGAN



Assalamualaikum. saya bukan nak beritahu pasal menatam apa bersih ni apa makanan kegemaran dia atau dengan siapa dia nak berkahwin. saya tak berminat dengan permainan politik yang makin hari makin membosankan.

semoga Allah tetap amankan Malaysia sampai kiamat.

saya hanya nak beritahu, sempena perhimpunan yang kerajaan tak halalkan tu kan saya dan keluarga tak dapat pergi ke majlis perkahwinan ex jiran saya yang agak rapat di KL. jalan tutup bukanlah benda yang boleh digelakkan dan jem seperti taik keras memang berlaku.

nanti siapa yang nak makan lauk kenduri dia? siapa yang nak kutip telur percuma? siapa yang nak tambah air tambah nasi tambah lauk? hm esok je lah kita ketemu jiranku.

secara serius, tadi ada jualan gudang dekat kilang makanan sebelah kilang tobacco di shah alam. yang ada hanya chocolate. eh harga dia macam kambing gurun murah. tanjat boboi. tak sampai RM30 semuanya. ini setakat hasil yang diperolehi.

mari makan sampai muka biru. kerkhh kerkhh tak lawak.

dan ini boleh dijadikan wordless saturday. hihi :')