Aku pernah jadi bayi. aku yakin itu. tapi aku tak ingat apa-apa tentang masa bayi aku. yang aku tahu pasti, aku comel. sangat pasti. kalau tengok ayah, ayah ada lah macam aaron aziz tapi versi jawa. ibu pula macam erra fazira versi kedua. oleh kerana ayah ibu bergabung lalu telah mendapatkan aku, aku bersyukur dengan apa aku hari ini. antara yang tercomel.
ini aku semasa bayi. agak tahan manis. uu, sedikit 'my sexy back' di situ.
Pada zaman jahiliah, mungkin dalam tiga belas tahun yang lalu aku berupa anak jawa jati.sampai bila-bila pun. aku tak kisah orang nak mengata aku ini jawa. jawa hitam jawa itu jawa ini. hitam kulit apa ada hal dari hitam hati. tidak perlu racist sedemikian. bukan apa, kalau dapat suami atau isteri nigga baru padan muka kalian. sebagai wakil jawa, kami dengan kalian sama; dari tanah.
Bertukar! masih bertemakan muka jawa. masa kecil, aku malas pergi sekolah. tadika aku dekat dengan rumah. jadi saat saat bunyi loceng untuk balik amat aku tunggu sejak aku pijak tanah tadika jam 8 pagi. 1030 pagi dah boleh pulang. salah satu tabiat aku masa tu; dengar loceng berlari ke luar pagar. lepas dah lepas pagar tu, rilek pulak jalan macam biasa. aku akan pergi ke satu buah rumah depan sekolah tadika, dia ada jual-jual. benda paling kerap aku buangkan duit terhadapnya adalah 'anak patung kertas'.
Tumbesaran kian meningkat. muka berubah sikit. sikit je tidak banyak. sudah memasuki sekolah rendah. zaman ini adalah zaman yang paling tak boleh belah. tahu kenapa? aku pakai cover buku skrap yang lutsinar keras tu semata-mata untuk bentuk tudung aku daripada layu. jangan tanya, geli kalau dibayangkan balik. benda alah tu bila pakai lama akan ada air(wap) jadi aku akan tanggalkan lap wap dekat baju sekolah pakai semula. unik bukan? masih tabiat yang sama, bunyi loceng dan berlari ke pintu pagar. kali ni lain sikit. lari-lari tapi tunggu ayah ambik depan sekolah. untuk sekolah agama sahaja aku pulang sendiri. berlari tapi kerana rebutkan apam balik pakcik Atan bukan nama sebenar.
Makin membesar makin hilang muka jawa. tapi masih bangga sebagai seorang jawa. sekolah menengah adalah zaman kegemilangan. di situ bermulanya pendaftaran myspace dan blog. maju sikit, daftar facebook. remaja mana yang tidak terpengaruh. zaman ini, bermulanya pemecahan peraturan. lari dari pergi koko. bukan apa, berkawad bagi aku tak penting kerana akibat buruknya kulit aku yang terbakar. bawa telefon bimbit ke sekolah sepatutnya tak jadi hal tapi aku benci betul dengan pengawas nama Liyana. aku lupa nama penuh dia. kalau dia tak laporkan pada cikgu Edah, takde telefon aku kena rampas depan semua pengawas dan budak kelas aku lepas waktu rehat. nasib ibu sejuk(cool) nak ambil semula telefon dengan PKHEM. ponteng tusyen dengan Fyka Mohamed adalah menakjubkan. baru aku tahu apa erti ponteng yang sebenar.
Belum habis dengan zaman menengah. panjang sangat? ok cukup karangan mati di sini. ikut hati berjela lagi jalan cerita tapi, begitulah flashback saya.