Nov 23, 2012

Bagitahu satu dunia saya sudah balik





Assalamualaikum.

Akhirnya Mara menunjukkan kasih sayang beliau dengan mencutikan aku dari belajar selama sebulan suku-suku. terasa disayangi oleh Mara even allowance tak pernah nak mencapai titik kegembiraan hidup aku dan apa lebih menakjubkan ialah allowance yang daripada banyak telah menjadi sikit gara-gara bukan bulan belajar natijahnya hal ini amat menguji minda aku bagaimana nak earn money dengan situasi 'ayah tak izinkan aku bekerja' ni ohmai (ah se...se..semmputttt) muah muah pejabat Mara sayang Mara sampai mati :-*


Cuti-cuti ni belum ada serious  planning untuk dilakukan selain online. online tu dikira serious sebab aku depan laptop menaip pun muka kerut-kerut. tweet kerut stalk kerut gelak dalam hati kerut. kadang-kadang tengok cerekarama pun berkerut. serious sangat hari-hari aku. serious ni. semua buat muka serious sekarang.

Bagi siapa-siapa yang nak buat temu janji, anda diminta contact 2 minggu sebelum peristiwa itu bakal terjadi. haha ya tak perlu hek eleh kan aku kerana aku bukan bajet masalahnya bajet pun takde sekarang ini jadi aku harus gigih mencari wang demi suami dan anak-anak. kalau duit tu jatuh setambung dari langit straight away to my riba kan senang.

Macam tadi pun, keluar bertanggung. haha cewdih cawngat citew cawk cawpat cheoping cegala-galanya (baca haruslah berkerut dahinya) dah lah pergi tempat tempat yang amat sesuai melangsaikan duit. peh, kalau kaya mahu sewel aku borong baju tribal dan jubah tadi. cis.



Cheese cream chocolate yang kiri tu boleh tahan lah. kalau free kita alhamdulillah kan saja haha (even lain kali guna duit sendiri)


Dan perkara paling hebat malam ini yang aku telah sukses perbuat adalah membunuh seekor lipas tua yang kurus. kejayaan milikku.