Jul 22, 2012

Sahaja aku puasa di kuantan tahun ini kerana tiada pilihan.



itu sebuah tajuk. bukan sebuah niat. mohon jangan pertikai.

pertama sekali, Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia ini. sebagai wanita yang belum menjejakkan kaki ke alam menopause, susah nak pegang azam "puasa penuh". tapi bagi yang akan berjaya tu setinggi tinggi tahniah lah. boleh claim duit raya ikut suka dekat mana mana bank kegemaran atas kejayaan anda itu.


maka bermulalah banyak sandiwara dan helah helah dari semua yang bergelar student seisi Malaysia sementara bulan Ramadhan habis. mungkin aku salah seorang ahli sandiwara itu. faham tak apa aku cakap ni? misalnya; aku lemah longlai sewaktu dalam class nak nak class itu dua jam semasa bulan puasa ini atas alasan puasa. dan apa yang bakal aku dengarkan ialah; bukan kau je puasa dalam dunia yang fana ini. hello people, tolonglah faham. haha


apa yang asing bagi aku, ini kali pertama berpuasa tanpa famili disisi. tanpa mengepau kakak aku untuk membayar yong taufu, murtabak dan popia. all by myself. all by my own money. all is well.



ini amat menjealouskan. sampainya hati~ ini tidak adil ini tidak adil bagiku~


kepada warga putrajaya dan sekutu sekutunya, dipersilakan membeli belah dekat BAZAAR RAMADHAN PRECINT 2 PUTRAJAYA (GERAI NO 217) dimana disitu ada famili aku berjual. tapi aku guarantee, apa yang dibakar oleh abang ipar aku ialah makanan berbakar yang terbaik. takguna aku tipu dibulan mulia ini.




tidak lupa, pada yang berdekatan dengan senawang, anda dijemput membeli dan menghabiskan segala juadah yang dimasak oleh bakal ibu mertua saya ehem ehem yang bertempat di BAZAAR RAMADHAN MATAHARI HEIGHT. pergi tu jangan takbeli. amaran ni. haha


semua orang tahu, hidup sebagai student tidak mewah. semasa poket kering sekering bibir menggelupas, semua berpusu pusu cari maggi. no mcd no kfc no women no cry. sehubungan dengan itu, inilah peluangnya bagi membentuk semula tubuh badan yang dah takde bentuk. bersahur pun tidak mewah, berbuka juga tidak mewah. sesuai lah bagi sesiapa yang menjamakkan niat puasa dan diet.


oi faham tak. baik faham sekarang. jangan melawan.

aku bukan sedang berduka lara dekat sini. aku terkilan sikit je. bila datang 15 august nanti, aku pasti pulang ke pangkuan keluarga, insyaAllah. ada lah saki baki dalam bulan puasa untuk aku berpuasa sama dengan famili. doakan aku tidak turun kg sepanjang di kuantan. moga puasa kita semua diterima dan mendapat berkat dari Allah SWT. selamat berpuasa semua!



yang jauh di perantauan (poyo sikit je)
SYAFIQAH HUDA RAHMAT