Mar 1, 2012

hi shouters.







maka dengan ini saya ingin mengisytiharkan, minggu depan cuti seminggu yayyy. yay tu macam yay. bukan yay! tau. yay je. weh faham tak tolonglah faham.

esok bermulalah English Camp. yang sejujurnya dari lubuk hati saya yang paling dalam, english camp tidak patut diadakan. saya bangkang yang ariff! haha eee kenapa nak bercamping sangat. eee i tak suka lah nanti i diratah nyamuk(menggeletik nampaknya) dihinggap haiwan berkepak dan keletihan serupa orang gila yang penat bergelumang dengan gilanya. cakap apatah. haha

apakan daya, redha. demimu kolej (mata pandang atas tangan dekat bahu buat muka hodoh)


saya update kali ni sempena beberapa pertanyaan yang tak ter-reply oleh saya kepada peninggal peninggal jejak dekat shoutbox. saya mohon ampunkan saya. weh serius masa mencemburui diriku. pasal itu tak sempat nak blogwalking lah reply lah apa segala. eleh nak kata saya poyo lah tu. haha eh lantak awak lah dunia awak sukahati awak lah kan.






hi Ain. awak tanya pyka beli seluar tu dekat mana eh? pyka beli dekat kelantan. haha tu seluar terdesak sebab takde seluar masa tu. tak ingat harga. shawl leopard tu pulak made in Times Square.

hi Fatihah Radzi. segala inner pyka pakai pyka beli dekat Times Square juga. percayalah, Times Square tempat yang bernas nak shopping kalau kita tidak berpendapatan sendiri. haha ok ss.

hi Nadira Ahmad. macam mana nak pakai shawl yang waktu mekap ada fyka mohamed tu eh? senang gilabab1 nyah. tapi nak terangkan susah. nanti suruh fyka buatkan tuto eh? buat video. sebab pyka tak buat video. hehe

hi semua, hi hi hi terima kasih dok tenggek kat blog orang ni. blog orang tak lah havoc tapi comel apa warna hitam. tibe kbai.




oh ada satu lagi, jangan bergaduh dekat shoutbox saya eh. saya tak letak shoutbox tu untuk jadi tempat rusuhan ke gapo gapo lah kan. lain kali nak tinggalkan jejak cakaplah hi pyka semoga duit jatuh dari langit di mana tempat awak tinggal sekarang ni. takpun cakaplah pyka saya nak belanja awak makan dekat secret recipe 7 hari 7 malam. haha kan ke gilanakmati comel cakap cenggitu.

dan terima kasih pada yang bagitahu pasal faker faker ni. saya en saya en amat menghargai kalian. kalau terjumpa lagi boleh langsung tweet saya di twitter atau melalui ucie ke atau fyka ke atau ok takde atau. paling afdal saya sendiri. kerana ya kerana apabila saya dapat tahu pasal faker ni saya akan screen capture, kumpulkan. satu hari nanti saya nak buat satu scrapbook pasal faker ni saya tunjukkan pada anak cucu cicit saya. haha bajet weh. yelaa, post dekat blog orang tak suka. bila tak post orang tanya tanya. cakap salah tak cakap pun salah. acane tu. hm

ok bebel. haha dah bye nak berangkat. kelaperan. gawat darurat sekarang ni.. (berlalu pergi sambil seret kaki)


ps: Muhd Ucie, malam menyusul satu entri buat awak. love, Huda.