Feb 19, 2012

ya-ya-Yasmin Redzuan.



Assalamualaikum. mula mula nak bagitahu terima kasih pada yang anti saya dan kawan kawan saya. anda sangat tidak penting. bye. pada famili tercinta dan Muhd Ucie, terima kasih kerana selalu support saya dan selalu naikkan semangat saya. you guys the best i've ever had. much love.



ni dah kenapa kerempitan ni. haha habis tu ni je gambar yang ada. hm

mari sini. saya nak buat pengumuman. tadi saya dating dengan Yasmin Redzuan. hi kak min. tumpang lalu....................... hahahaha eh min kan tinggi dari saya. apahal semua nak tinggi tinggi ni? korang makan apa do masa kecik? haha





min cantik gila secara live. taubat tak bohong. dan dia sangat awesome. lepastu dia kan pimpin tangan saya semasa melintas. terserlah kan sifat ketuaan dalam diri dia? hahaha assalamualaikum kak min. watlek watcool k. saayang min.

kitaorang jumpa dekat lrt bandar tasik selatan. dan perkataan pertama yang keluar dari mulut min bila jumpa saya ialah "kecilnya pyka!" min, please. im 19. haha so we went to times square lah bukit bintang lah. plan nak pergi klcc terbatal serta merta kerana kekangan masa. dan kitaorang telah berkaraoke! sedap weh suara min. sumpah tak tipu.


alololo comelnya kak min kita ni *mata pandang atas tangan kat bahu* haha


ya kitaorang keluar berdua je. peluang macamni sekali je seumur hidup. ehem. nanti bulan tiga tidur rumah pyka pulak k. kot geram dekat min pyka terkam je. hahah eleh fikir lain ah tu. eee korang ni kan tak elok tau. haha





Yasmin Redzuan, terima kasih kerana ajak pyka keluar. kerana sudi keluar dengan pyka. kerana sudi tengok pyka makan burger sehelai demi sehelai. kerana sanggup jalan dari stesen hang tuah ke times square. kerana sanggup pergi naik tangga sebab nak pergi kedai yang tak berapa nak famous atas sungai wang. kerana ok dah cukuplah. oh kerana kita berkaraoke yang pelik pelik kena wajib makan. hahaha lepastu kena charge. macam bodoh je. haha lawak weh sumpah lawak.




saya sayang min dan min sayang saya. kami lah pasangan yang secocok. tibe. ada masa kita jumpa lagi min! bersama Fyka Mohamed sekali. have a great time with you little sister. forever karaoke wajib makan. hahaha xoxo Assalamualaikum.