Jan 1, 2012

momen momen akhir.



ialah momen yang tergesa gesa. ke sana ke mari.

tak sempat pun nak menatap setiap inci ceruk rumah. mana kilang semut yang selama ini sibuk menjinjing bangkai lipas ke hulu ke hilir. mana? entah. aku tidak jumpa lagi. aku belum buat research tentang itu.


yang pasti, ini hari terakhir. oh ya. Selamat Tahun Baru. dengan penuh harapan aku berdoa agar masa lebih pantas berjalan. cuma satu hari sahaja yang takpayah nak deras sangat. itu hari aku.

jadi ini sebagai entri penutup sebelum membizikan diri. terus menyokong aku dari belakang. aku menghargai apa jua jasa kalian. walaupun dengan setangkai doa. terima kasih.


sebelum apa apa terjadi, aku pinta kemaafan dari semua pihak yang mengenali aku secara rasmi atau tidak rasmi. segala kekasaran aku, ketidaksenangan bahasa bahasa aku, kelancangan kata kata aku, ketidaksopanan tingkah laku aku. pokoknya semua. maaf sahaja yang boleh aku pohon. harap tidak ada kebencian dihati kalian walau sebesar debu.


jangan risau. aku cuma mahu pergi belajar bahasa inggeris dan belajar berdikari. jadi, apabila sampai waktu lapang kepadaku, aku akan kembali ke alam maya ini.



selamat tinggal.



kalau nak rindu rinduan sama aku, rindunya bagi ala kadar je okay. haha. jaga diri jaga bicara. kurangkan mencarut dalam kehidupan seharian. Assalamualaikum.


sampai nanti,
Syafiqah Huda Rahmat.