Dec 14, 2011

gadis dan tutorial.




pikahh macam mana pakai shawl macamni? tuto tuto.




memandangkan semakin meningkat peratusan pemakai shawl/pashmina di malaysia, pelbagai cara telah dibongkar. gadis zaman laa ni memang amat dahsyat keakrabannya dengan shawl/pashmina berbanding tudung pesen Ariani. saya sendiri taksuka tudung jenis ariani. bila saya pakai dah macam sabariah the legend. haha

saya tak reti buat tuto. bukan takmahu. serius itu diluar bidang saya. tapi kalau pengaruh tuto shawl dari youtube senang pula saya ikut.

bagi saya, bidang tuto ni Khadyjah Fatyah yang menguasai. diikuti Syeera Radzi. ok dua ni pentuto yang saya kenal yang anda kenal yang semua orang kenal. go. pergi cari mereka di youtube sana. selain dua ni, tidak terhitung para pentuto. dah macam berlumba lumba pula en (jangan terasa! ini amaran) youtube lah mediumnya untuk tunjuk skill kalian dan sebarkan ilmu pemakaian shawl. kagum kagum *angguk angguk kepala*


walaubagaimanapun, nah. tuto tapi bukan video. saya tak buat video dah. tahu tak nak upload satu video sampai 4-5 jam. dah lah line berukband serupa hampagas tua, lemah. sempat tidur sempat berak sempat korek sampah dekat kuku kaki semua sempat. sawan tunggu.

jadi saya telah sediakan gambar. kalau gambar saya kalian fahami, tahniah yang infinity sekali. jika sebaliknya, tanya saya di twitter.


perhatian. saya guna pashmina yang gila bangang lembut dia kepet sikit komot. tapi best senang bentuk.

step 1 : letak shawl/pashmina atas kapla. bahagikan satu pendek satu panjang. bawak mereka kebelakang. dan pin kan dekat belakang gini.

kalau saya saya tak pin betul betul dekat garisan pashmina tu sebab nanti muka jadi bulat. so saya pin atas sikit gituhh. faham? next.


step 2 : dah pin kan? bagus. nampak tak gambar bawah ni?

ada macam longgar longgar en sbb pin tak ketat tadi en? okay apa saya buat ialah..

tarik secara sopan yang longgar tadi ke tengkuk anda dan pin pada inner. kiri dan kanan. harap faham. seterusnya.


step 3 : bawa kedepan dua dua yang pendek panjang tadi. dan main banding banding. ok tak buat lawak la weh. cepatlah serius ni.

haa nampak tak bukti dia? anda osem. k next.


step 4 : yang belah panjang ignore dulu. sekarang ni yang belah pendek anda buat sanggul. jangan sanggul unta. sanggul ala kadar cukup.

jelas? bagi yang rambut panjang mudahlah. yang rambut pendek saya pun taktahu lah guane. haha


step 5 : ok saat ini baru settle kan yang belah panjang. yang ni macam susah nak terangkan.

automatically akan ada macam lipatan tau. serius taktipu. dan..

lipatan tu kalau anda boleh tengok dia akan macam besar macamtu dan pashmina anda akan jadi pendek bila dah habis semua. apa saya buat?

saya kecilkan lipatan tadi. faham tak? alaaaaa faham lah doh. takreti lah macamni nak terangkan. haha


step 6 : okay yang belah panjang tadi lilit je bawa naik atas kepala ikut lipatan tu. faham tak weh. risau aku gini. haha

macam ini. nampak tak dia dah bawa naik patu aduhhh nampak kan.

dan pada masa itu anda akan terperasan yang again longgar longgar macam ee apeni takfaham betul longgar longgar ni rumitnya!!!! haha lekluuuu.


final step : longgar tadi boleh di tacap. anda tarik yang longgar tu, temukan dia dengan yang belah panjang sudah dibawa naik tadi.

nyata jelas dan terangkan? apalagi. taruk pin situ. apa apa pin pun takpe asalkan bahagia.


step percuma : kemaskan apa yang patut. pin kan mana mana mengikut nafsu. anda telah siap! lihatlah hasilnya.

anda boleh je nak adjust apa apa. risiko atas tanggungan sendiri k. tanggungjawab saya sudah tamat.


selamat mencuba! Assalamualaikum. (kalau kata saya kedekut lagi sebab tak buat tuto saya sumpah awak jadi lampin bayi lampin dewasa !)


ps: sebenarnya ramai je yang pakai pashmina/shawl macamni. korang jahat busuk en pemalas nak carik dekat youtube. hahaha. saya pun tak lepas dari malas sebab kalau tidak takde de saya tangkap gambar macam orang gila ni untuk korang. haha

pss: kalau dah biasa buat cara ni dalam 5 minit selesai lah. kerana ianya simple dan tak makan masa. by the way, kalau cara ni tak ngam dengan kalian, rujuk cara syeera radzi. ada yang seakan akan macamni.