Dec 26, 2011

30 hal anda harus tahu.




1. Assalamualaikum. post ni tiada peraturan post ni tiada kaitan dengan tag tag dan paling penting ialah post ni dibuat sekadar memuaskan nafsu.

2. tanpa melengahkan masa mari mulakan. Bismillahirrahmanirrahim.

3. eh cop. semalam en tengok mtv awards. tahu apa? saya jumpa satu alat music aneh yang saaaaaaaaangat besar. rupa dia macam ini.




ok sebenarnya itu lady gaga.


4. anda tak dapat menerima kenyataan ini? begitu pun saya.

5. ya sudah. mari tulis apa yang disimpan dalam kotak fikiran dari tadi.

6. tahu ke kamu kamu kamu, yang saya mempunyai blog dahulu sebelum mempunyai akaun fesbuk? tahu ke tahu ke?

7. dan akaun fesbuk saya cuma bertahan selama dua tahun. berbanding myspace tiga tahun. rasanya.

8. kini hanya akaun twitter menghubungkan saya dengan kawan. mari tinggalkan fesbuk. haha

9. kamu kamu kamu, tolong lah pakai avatar yang ada gambar muka. tibe tibe kejap lagi yang request gambar telur background solid colour. jiwa kacau ke apa.

10. avatar tu sama lah dengan twitcon. sila hafal benda ni. avatar dilaman twitter bukanlah benda alah berwarna biru yang amat famous dalam kalangan kita.

11. k cukuplah bahana twitter.

12. beberapa hari lagi saya akan masuk belajar. sila tersentuh.

13. seriusli setahun duduk rumah tak buat apa tak kerja tak kerja tak kerja. punya sayang ayah pada saya. haha

14. setahun tu lama tak lama kejap pun tak kejap.

15. eh saya sedang blogwalking ni apahal doh semua budak pmr straight A's. kalian ni makan apa jadi pandai ni? haha tahniah!

16. dan seksanya sebab ada antara blog blog kamu ni loading buffering dan arghh.. takdapat tinggalkan jejak.

17. line berukband ni pula dah macam punggung. tahu apa itu punggung?

18. dengan bangganya nak bagitahu lagi, saya sudah hapus kekal fesbuk saya. jangan ditanya tanya lagi apa nama fesbuk saya.

18. ada satu akaun fesbuk PALSU yang menggunakan nama Pyka Rahmat. jangan tertipu. jangan kata saya tak bagi amaran. saya laju je nak lempang.

19. entri tutorial yang kemaren di block gambarnya kini sudah boleh ditatap. perasan tak?

20. sebenarnya kan mula mula tadi tajuk post ni "20 hal anda harus tahu".

21. hahahaha amat menjengkelkan bukan? ..k....

22. entahlah apa motif. tapi saya dah kenal ucie lama dah. *tetibe*

23. Khadyjah Fhatyah, tolong janji padaku suatu hari nanti kita akan ketemu dekat kuantan. berikan adinda satu peluang menatap matamu. memandangkan kita sudah hampir waktu itu. haha

24. apa yang seronok pasal blog ialah tiada 140 characters yang disyaratkan. harap kalian sedar akan perkara itu.

25. satu hal lagi. percaya atau tidak, laman sosial pembawa masalah. gaduh kerana fesbuk? diterima akal.

26. saya taip benda ni semua dari jam 500 petang tadi dan habis pada jam 715 petang. memang ambil masa yang lama nak buat satu entri.

27. perkara yang boleh hilangkan kepekatan tensi dalam otak saya ialah dengan menyanyi bersungguh sungguh serta tekun feeling.

28. nampak tak berapa ketul je point penting dalam list ni?

29. akhirnya sampai juga ke nombor 29. tiba masa nak ucap selamat malam dan have a nice day. jangan ganggu tidur jiran anda.

30. saya sayang famili saya dan ucie saya dan sahabat sekolah saya dan sesetengah sahabat yang selalu berdamping dengan saya. Assalamualaikum.



ps: berapa orang je yang perasan bahawa nombor 18 ada dua kali? berapa? haha kbai.