Nov 9, 2011

hati yang awak telah rembat.



dedikasi sepenuhnya kepada Muhammad Shukri bin Rosli.


menemui lelaki kacak yang taf taf badannya,

hi. Assalamualaikum. usai saya membaca kalimat yang mencapai 250 patah perkataan sama macam karangan paper 1 bahasa melayu dekat email saya saya buntalkan mata. saya ter-crying renyai renyai. terkesima terharu tergamam. seluruh sanubari saya sentap. lalu termenung, whats next.


(bercakap dengan lelaki kacak kena bajet comel yakni saya awak harus jikalau sayang sayangan nanti telegram bunuh sampai ke rumah)


lelaki berlensa coklat terang,

tinggal lebih kurang 168 jam sahaja untuk awak melangkah ke Uitm Lendu. 168 jam tu tidak banyak. kalau convert kepada duit, 168 tu tak cukup nak beli baju The Flash. Muhd Ucie=The Flash ada iras iras. bau bau bacang kot. (perasanlah awak, haha)


ok berbalik tujuan asal, semakin menghampiri kejauhan kepada kita. awak ingat pesan saya, saya ingat pesan awak. awak percaya saya saya percaya awak. kalau ada perempuan asing bagi awak minuman tolong jangan terima walaupun itulah air yang terakhir ada dimuka bumi. takut takut dia taruk ubat guna guna. risaunya saya ya Allah.

begitu juga dengan nasi. apa yang meragukan, perempuan tu bagi nasi kangkang. saya akan dapat detect jika satu hari nanti ada perubahan drastis dari awak maknanya awak sedang bertindak membabi buta dibawah pengaruh alkohol bomoh. saya percaya.

(kadang kadang ayat saya saya sendiri tidak faham saya macam wadehel me talking like bloody shit tapi saya tahu apa yang saya mahu sampaikan)


apabila bermula kehidupan awak sebagai student nanti, jangan awak lupa segalanya seolah olah hai saya bayi baru lahir kenalkan saya kepada dunia. no no no no awak no no no (tuding hidung nanti awak pandang hidung awak juling itu serius kelakar)

memandangkan awak tua dari saya 17 hari, awak kena lah berfikiran matang sebab nanti kita nak berkahwin dah. nampak tak semakin hari semakin gelenya. haha ibu, peace. watlek sudah bu. ibu suka ucie kan? kan kannnn. elleh. kak ah pun kan kan setuju kannnn. semua setuju kannnn. ayah? tiada bantahan kannn. kbai

menggeletik sial paragraph atas ni. haha tapi buat taktahu je k itu antara saya dengan family dan ucie. ehem sila jangan masuk campur. (cakap buat readers)


lelaki yang rajin lagi berwibawa,

saya pasti ada yang nak muntah ulat sampah membaca ini semua. persetan habis habisan karna entri yang rock kapak 70's ini saya tuju khas untuk awak. eleh mereka boleh sahaja memijak mijak meludah kahak pasal semua ini tetapi manusia mana yang tidak lembut hati dan jiwang bila disentuh tentang kecintaan. ehem.


tu tu Ujang tu. dia nampak je layan kak Yana macam gua rasa nak tikam je Yana ni. padahal.. haha malas lah kan nak cakap kan. saya tahu apa tentang mereka. habis kalau tak manja manja, macam mana boleh ada bayi dalam perut kak Yana. eh faham tak apa saya nak sampaikan ni. eh tolonglah fahammmm. (mesti ada yang salah faham, minta maaf)

#Ujang je blogger yang sempoi yang dah kahwin yang gila gila layan bini dia yang saya kenal its kinda cool bro


muhammad si kekasih,

dengan kemasukan awak ke lembah mulia yakni tempat berilmu nun jauh di Lendu itu, saya berharap awak tidak malas. kerananya ya kerana hampir setahun baru awak masuk ke sana. saya juga tengah bercakap pada diri saya sendiri. sekurang kurangnya awak bekerja. saya pula sebagai bibik jadian dekat rumah ni.

saya takut saya bertukar menjadi pemalas-holic. lama kot saya tak menulis. entah macam mana keadaan tulisan saya. ada sekali saya isi borang, tak lama lepas isi borang tangan saya cramp. saya macam weh menggediklah tangan nak cramp bagai ni bajet nak manja manja dengan saya. mengeluh jugak saya waktu tu.


CAKAP PUNYA BEBEL PUNYA LETER EH TERPANJANG PULAK DEDIKASI INI. ihik


k la yela baiklah. selebihnya saya akan bercakap dengan awak sendiri. duhai bulan katakan pada Ucie, tiga tahun itu tidak lama tidak pula sekejap. jaga diri. (oh bulan takdapat sampaikan bulan non talking thing. ucie sila take note)

kalau perasan, saya tahu ayat saya tidak selalu manis tapi kemanisan tu ada lah jangan terpedaya. nak manis manis sangat dekat sini memang takdapat lah ekau jangg. haha

saya kepilkan beberapa gambar. biasalah tu kan. haha. itu sahaja. me love you. me so jiwang me minta halal kerana jiwang. hehe



from damn deep down my heart,
SYAFIQAH HUDA BINTI RAHMAT



inilah harta peninggalan yang berharga. yang paling berharga tentunya hati awak. miauuuu hehehe

kita jalan jalan shopping shopping. kita habiskan masa bersama. saya akan rindu semuanya.

eh kasut kitaorang sama sila cemburu buta taknak tak apa ewahh

kita pergi makan sama sama pakai baju sedondon konon manis ya memang manis lah itu fakta haha (gambar recycle muehehe)


last but not least, semoga berjaya banggakan mak ayah keluarga juga saya. loves.


ps: Happy 14th Months Anniversary Muhammad Ucie, its today! xoxo :')