Oct 10, 2011

saya cuma mahukan ketenangan.




mula mula dia buat blog. dia lantas edit blog dia bagi cun.

*ok dah cun selepas edit*

tak lama kemudian, dia letak mp3 player dekat blog dia. kadang kadang gua layan juga.

pesen gua blogwalking gua buka banyak banyak blog. gua nak jugak jadi pantas dan efisien. haha.

tapi satu hal lah yang buat gua nak menangis apabila gua tengah blogwalking lagu berkumandang banyak banyak banyak banyak banyak.

(ni buka banyak blog ni)

sini lagu emosi gila yang ni lagu techno yang ni lagu korea yang ni instrumental. gua cuba tahan. serius tahan. punyalah tekun gua cari untuk mute kan lagu dekat blog blog. gua sabar. gua yakin tuhan maha adil.

*searching where is the mp3 player*

*negative*

rupanya dia hide weh.

(masih buka banyak blog ni)

dia hide serius dia hide. kuaja gila. hahaha

terbatal niat gua nak tinggal jejak disitu (ingat gua nak dengar lagu lu je ke gua pun memainkan lagu dekat windows media player laptop gua haha)

sebagai manusia normal, gua memang takboleh dengar 10 lagu dalam satu masa. ok gua akui tu. kalau lu orang boleh gua tabik spring ah kan.


jangan salahkan gua gua nak bagitahu lu je apa gua rasa betapa susahnya gua nak tinggalkan jejak gua ke dalam shoutbox lu orang dek kerana hal ini.


itulah pengalaman blogwalking gua. gua menceritakan pengalaman gua. maaf kalau perasaan semasa blogwalking gua ni sebenarnya takpatut wujud. tapi.. hm bai.

ps: gua hargai music yang ada dekat blog lu orang. peace.