Assalamualaikum. aku guna gua.
lu orang tahu, last gua cabut gigi masa darjah darjah. gua sendiri lupa bila tapi masa sekolah rendah. sekolah rendah gualah budak paling comel bila jumpa nurse. sebab apa pun jenis nurse yang datang dekat sekolah, gua selalu dapat lebih. orang lain mana dapat ubat cacing, gua dapat. orang lain mana dapat cabut gigi gua dapat. orang lain mana menangis kena cucuk imunisasi gua nangis. ok cengeng. tapi satu yang spesial sikit, ahh istimewanya diri ini. gua tak dapat BCG orang lain dapat. bangganya gua dengan yang ini. lu orang ada baiknya bangga sama ok.
tadi gua sepatutnya kena cabut gigi. sepatutnya. yang tidak patutnya sekarang gigi gua sakit macam gampang gila walhal gigi gua takhabis dicabut doctor. gua ulang, takhabis cabut.
doctor dah terlampau berkobar-kobar korek gigi gua nak bagi longgar. apabila dia mula tarik pakai playar dia.. gua rasa gua makhluk paling disakiti untuk hari ini. serius. AHH! gila babi yang gila babi punya sakit. doctor takmungkin meneruskan aktiviti mencabut gigi gua selain bagi gua paracetemol seminggu lagi cabut balik semula. takkan nak kena bius again and again? rabak lah tepi tepi gigi gua. helo bius memang nak hilangkan sakit tapi bila kena cucuk bius tu gua rasa perit ok.
dan ini hari gua makan bubur nasi dengan kicap je. nganga takboleh menguap takboleh. apeeeee pun takboleh.