Andainya aku pergi dulu sebelummu, maafkan aku sebab publish entri yang begini. kamu sering memarahi aku apabila aku menyebut 'mati' masalahnya mati adalah pasti. entah hari ini entah hari esok entah hari lusa, tulat.
Andainya aku pergi dulu sebelummu, ingatlah. saat ini aku sedang makan cekodok berasaskan tepung gandum dan garam basic. tiada lain. oh ya berserta sos cili jenama puteri dan air kosong. mungkin ini makanan terakhir aku untuk kesekian kali.
Andainya aku pergi dulu sebelummu, tolong ambil tahu bahawa aku hari ini memakai tshirt cetak rompak paul smith pemberian kak fareha yang itu hari ada colournya bila dibasuh colournya hilang. bersama dengan seluar tracksuit cheetah size s tapi masih bagak dan zipnya telah roboh.
Andainya aku pergi dulu sebelummu, kamu perlu tahu bahawa baju raya(baju kurung) aku sepatutnya ada dua pasang tapi aku baru beli satu pasang. orang lain dah beli berpasang pasang cuma aku belum berkesempatan jadi nanti tolong belikan untuk aku ok. aku nak warna coklat elegance sebab itu tema raya keluarga aku tahun ini. oh ya yang satu pasang tu aku beli warna pink bunganya coklat aku rasa nak jilat je kain tu. aku nampak aiskrim strawberi :O
Andainya aku pergi dulu sebelummu, aku teringin nak barang ni. janganlah panggil aku pengkikis. aku cuma nak. tapi kau janganlah bagi. ee macam mana harus aku terangkan. aku nak tali guitar yang baru. aku nak main balik guitar aku yang kau beri. guitar tu berdengung semenjak terjemur panas dalam kereta. langsung ke gaung bunyi dia kamu tahu. aku rindu bermain guitar lagi.
Andainya aku masih tak pergi pergi lepas beberapa hari entri ini di publish, tolong buat super saver 1 jam atau 2 jam dengan aku. rindulah suara kamu. dan. hihihi aku nak sambung makan cekodok. aku masak sendiri tau. tak hangus sangat. sedapppppp. Assalamualaikum.
#semua ini hanya andai