2005.
seselekeh budak perempuan yang aku pernah jadi. takpe. selekeh selekeh pun ada orang minat. hantar surat dekat rumah. sambil atas sampul tulis terima kasih abam posmen, sila minta tips dari penerima. abah lu. nak ngorat ngorat gua lepastu suruh minta tips dari gua. lu langsi lu mati brader.
memanglah tak cukup dengan selekeh, matematik pula slow. lengkap penderitaan aku.
2008.
sebenarnya dah cantik sikit dari dulu. kalau dulu darjah enam nak bentuk tudung pakai transparency taruk dekat atas kepala. ala reti tak kalau macam mana orang cakap nak bentukkan tudung? haa macam itu. tapi tabiat tu dah buang. peluh leleh leleh lah. geli hai. haah. dah takde orang bagi bagi surat. sekolah hanya perempuan.
lepastu ada seorang cikgu bangsa cina ajar subjek geografi. aku paling takfaham pesen dia ni. kalau boleh time tu aku nak record cara dia mengajar.
"hoi buta ka? inni longitud inni latitud haiyyooo. saya feeeeeeeddddup lah!" #ada nada dia ok
dia pun taksuka kitaorang bangun seret kerusi. dia nak kitaorang angkat kerusi dan bangun. ee pesen dia ni memang takboleh terima dek akal.
apa pun, geografi saya sangat okay.
2010.
secara terang terangan, aku membesar. tapi bukan fizikal. alalalalaaa omel omel angat. eeww #korek telinga mata melilau. selalunya semakin senior dekat sekolah, semakin dikenali bawahan bawahan. kan? maksud aku junior. bukan hamba. urghh. so same goes here. ahhh famousnya dekat sekolah ahhh nak autograf di dada atau di kaki? kfineeeeee. hm. chill ah brader gua nak bajet sikit lu nak bising pesal? gua khilaf gua tahu.
paling jujur, aku tak suka bila ada homework. nak nak cikgu bagi harini esok dah minta. aku tak dapat penuhi tu. alah pernah juga aku rasa duduk atas lantai buat karangan. "taksiap takboleh balik." eleleee ugutan yang acapkali kita kita dapat. nak melawan tak mampu. kesian.
Puan Saonah, degil degil saya Bahasa Melayu saya A+ kan? dapat juga penuhi kehendak Puan Saonah :')
SK CONVENT JALAN PEEL KUALA LUMPUR,
SMA MAAHAD SYAMSUL MAARIF PULAI CHONDONG KELANTAN,
SMK CONVENT JALAN PEEL KUALA LUMPUR,
SELAMAT HARI GURU :')