Mar 30, 2013

bila cakap pasal agama




kalau kita cakap bab agama je mesti ada yang macam,

"hek eleh, umur pun baru berapa nak cakap pasal agama"
"pakai tudung pun tak, lagi mau nasihat orang"
"diri sendiri pun tak betul, ada hati nak tegur orang"

kadang-kadang aku pun macamtu. sebab otak tolak mentah mentah bahawa nasihat dari orang yang tak pakai tudung tutup dada ni ibarat dia cakap dengan cermin. dia tengok cermin cermin tengok dia. lama-lama cermin yang tak berdosa pecah 18.

satu masa, aku berfikir. kenapa nak hukum kalau nasihat yang diberi tu ada benarnya? kenapa nak marah kalau rasa diri tak buat benda salah?

sebagai manusia atas muka bumi Allah, kita wajib sebar dakwah. bukan sebab nak tunggu kita jadi ustazah baru nak berdakwah. bukan sebab kita pakai tudung labuh kita sahaja yang boleh berdakwah. pokoknya selagi pegang title manusia, sebarlah dakwah. jangan asyik menghukum orang yang berdakwah.

even kita kena berdakwah pada orang bukan Islam..

jangan selalu negative bila dengar nasihat dari orang. tahu. memang susah terima kenyataan yang diri kita tu banyak kelemahan kan?

bila susah nak terima, maka muncullah pemikiran cetek yang begini.

"bajet alim je nak nasihat orang, diri pun tak perfect"
"fikir bagus sangat lah nak tegur tegur aku? pergi mampus"
"kubur masing masing kan, dah tu kenapa nak sibuk hal aku"


tak salah pun saling tegur menegur. diri masing masing bukannya perfect. in fact, takkan pernah perfect.

renung renungkan. Assalamualaikum.


#notetomyself