Sep 19, 2012

perkara fakta 1.



aku ada jugak termenung.
tak selalu tapi jarang-jarang.
tak jarang-jarang tapi kadang-kadang.
kadang-kadang seperti bila rasa malas nak belajar.
tapi bukan jenis menung mata paku satu tempat kalau orang jerkah, sentap.
tidak.

dalam banyak banyak kerja termenung, paling kerap ialah termenung semasa pensyarah bercakap.
ya aku ada angguk-angguk masa pensyarah bercakap di depan.
ya aku ada senyum tanda mengiya masa pensyarah bercakap di depan.
ya aku ada pakai earphone masa pensyarah bercakap di depan.
otak kata lain, fizikal respon lain.
tidak semena-mena pensyarah sudah salah faham.

ini semua gangguan.
boleh jadi duniawi.

aku sembilas belas tahun dan macam macam sedang berlegar dalam otak sampai takdapat nak diproses bagi output yang jelas. faham tak.

(masih berfikir)