Apr 30, 2012

di ambang final



yes. kesibukan menyiapkan final project broadcast akhirnya terhenti setakat jam 4pm tadi. secara rasminya, lambat submit satu jam dan lebih lebih sikit tu halal lah Sir. kitaorang rasa tadi sir comel gila kot. jangan tolak markah kitaorang tau.


seperti yang di uar uar kan, final exam bermula rabu ni. lima paper untuk semester 1. doakan kitaorang yang terbaik. english communication ni dengar macam eleh kacang je lah celah gigi. fine. pada hakikatnya, banyak pancaroba dan liku liku yang harus serta telah dilalui kitaorang. dramatis sangat.


dan serabut pun merangkak rangkak datang apabila elaun tak masuk masuk lagi. bilakah semua ini akan berakhir ya Allah. duniawi duniawi.