Mar 9, 2012

Nota kasih sayang.



**AMARAN: KANAK-KANAK/MAK-BAPAK/PEMFOBIA CINTA/PENGGILA TALAK/PEMAKI TAKTENTUHALA/PEMERLI SAKIT HATI/PENG-ANTI CINTA/PENJENAYAH HATI dan sekutu dengannya tidak digalakkan membaca nota ini. dikhuatiri dan diramalkan loya tekak dan taklalu makan selama 7 hari 7 malam dan dijangka akan tertanam sikap 'ewww' dalam diri sebagai respon kepada entri berbau cinta ini hari. konklusinya, sila beredar sekarang.




betapa tidak segannya saya disaat saya menaip nota ini untuk awak. khas buat awak yang amat jauh dimata. terlalu dekat dihati saya dan selama berbulan kita tidak jumpa secara langsung, saya mengaku, saya rindu teruk pada awak.

dengan harapan yang setinggi langit ketujuh saya harap untuk berjimba mesra dengan awak, lelaki masa depan. tatkala awak bilang awak cuma cuti seketika, harapan yang tadinya gah berdiri terus jatuh tidak berkebumi. sentap.

apa yang lebih sadis, saya pulang ke rumah kandung saya hari ini. awak pula pulang ke rumah angkat awak. tak ke tragis tu. saya terpaksa tabahkan rindu saya untuk sebulan lebih atau mungkin dua bulan lagi. memang rindu itu manis, tapi rindu itu kadang kala agak menikam sanubari yang tak berapa nak kuat ni.

kita berhenti sekejap pasal harapan. mari cetuskan rasa jiwang sekarang.





Muhammad Shukri bin Rosli,

mengenal awak suatu anugerah. menyayangi awak suatu kehendak. mencintai awak suatu perkara di luar kawalan. dan menulis sebegini jiwang leleh yang tahap dewa leleh dia ialah suatu perkara yang luar biasa selama 19 tahun bernafas *eh yeke yeke yeke* ya.


atas segala apa yang pernah saya lakukan pada awak, yang buruk yang tidak senang didengar, yang tidak elok dipandang, yang tidak bagus pada mata awak, pokoknya segala. maafkan saya. tanpa niat yang tertanam dalam hati saya biarkan semua itu jadi. bukan kehendak saya kalau awak mahu tahu.



terima kasih to the max sebelumnya kerana banyak tolong saya terutama dalam bidang memberi semangat ni. awak je yang paling mahir dan amazing dalam hal itu. terima kasih untuk banyak perkara yang lainnya yang tak perlu dihuraikan dalam nota kasih sayang ini. awak tahu apa yang awak telah perbuat selama ini. bahagia takpayah dicerita. tapi kadang terlepas jugak cerita bahagia itu dimana mana. hati tengah lebat berbunga kan. hehehehehe


selamat ulangtahun 18 bulan bersama. i love you so much! awak boleh claim birthday gift dari saya saya juga akan buat sebaliknya. malu tak malu belakang cerita. hahahah viva pykacie!


pykaRahmat/love/heart/soul/cute-future wife/bestfriend ♥♥