Nov 22, 2011

bukan pasal bola sepak.



saya guna aku.


aku tahu blog aku ada masalah kebelakangan ini. tak update. gambar kena block. busuk. selekeh. serabut. berbau. tengik. hapak. berdarah bernanah. ok cukup. aku tahu. tapi sekarang dah ok. apalah salah aku pada photobucket agaknya.

dan juga kebelakangan ini, emosi aku sering kacau bilau. kucar kacir lah kepala otak aku. padahal rutin aku duduk rumah je. haha apani weh tolonglah faham aku. aku dah gilalah aku rasa.


siapa suruh perempuan tu mulakan komunikasi? siapa yang suruh?


"kau pakai boot-cut eh? aku suka boot-cut."

eleh orang tak tanya pun kau suka boot cut ke straight cut ke seluar baggy ke hape. semangat bagitahu. haha


juno kata pada aku dia boleh jagakan ucie. aku balas pada juno, "kau jangan jadi sundal." hi juno kau kakak yang hebat walaupun kau bukan kakak kandung aku.

. . . .

siapa juga suruh kau lakukan begini?

"weh nak nombor kau."

lemah lutut aku dengar. please. jaga tingkah laku kau. hari kedua ok hari kedua. baru hari kedua dah macam macam. menyinga kemain aku.

serius shit aku macam "weh dah apahal dia ni nak minta nombor segala kau tak kenal dia dia tak kenal kau kau have no idea siapa dia and all that stuff eh kau ni memang ada potensi untuk aku carut pada kau."

aku ni sudah lah selemah lemah manusia. haha. jadi tolonglah jangan bagi emosi aku terumbang ambing. aku rasa tergugat sebab kejauhan kitaorang. bertemakan aku home alone dan ucie student life.

nak expect aku rasa apalagi selain tergugat. aku ni manusia biasa. perempuan pulak tu. secara tidak langsung kau telah menjerumuskan aku ke dunia yang tidak aman kau tahu. kau sengaja kan. kau kejam. kau jangan jadi monyet pondan.

juga jangan jadi macam bonai. atau diego. mahupun ferdinand. aku tak suka. kau nak nombor kau mintak nombor orang lain. bersepah lagi lelaki yang memakai cellphone dekat lendu tu. senior sana sini kan. nombor ucie jugak kau mahu. apahal kau ni. nasib ucie iman teguh. haha loveyou lah Muhammad Ucie. xoxo.

ujian ujian..


jangan kalian kritik tentang apa aku rasa sebab yang tanggung aku. kalian takde efek apa apa tentang semua ni. semoga segala ini ada hikmah yang baik. Assalamualaikum.


ps: takde kena mengena dengan juno tetapi adalah dengan seseorang. dan aku mulai anti.