Oct 20, 2011

blog mana yang ohsem? #2



Assalamualaikum.


saya yang serius

pertamanya, terima kasih kepada readers yang tinggalkan kata kata pujangga yang comel comel lagi berwarna warni dekat shoutbox. arghhh terharu. semoga sukses bersama kalian juga hendaknya ya.


tidak lama dahulu, saya telah dedahkan lima blog lelaki yang ohsem. eh cop. itu berdasarkan bahasa dia ok. banyak kategori blog yg best best. kali ni saya nak bongkarkan lima lagi blog ohsem versi gadis. dan masih juga berdasarkan bahasa/cara penyampaiannya.

(aku suka gila lah blog diorang ni kuaja betul kenapa nak best sangat blog diorang tu hak elah aku baling taik *please lah takkan aku nak buat pula* kat blog kau tahu ah menyampah lah eee kuaja kuaja kuaja ok membebel cakap asal boleh)


maka, inilah senarai blog tersebut. bagi saya mereka as simple as that. tapi macam saya cakap tadi. menyampah lah sebab blog mereka best. haha. mungkin antara kalian dah tahu blog blog ni.


1. roket-ungu.blogspot.com - dia ni misteri (takpayah nak misteri sangatlah kan) sampai ezan idma salah taruk dia dekat bloglist lelaki. ungu, aku suka kau. kau tabah k.

2. poppetedma.blogspot.com - entri ringkas padat macam nota. namun mesej tersampai. bertuahlah dia. tibatiba.

3. akulaaleen.blogspot.com - tak kenal dia siapa. blog dia putih. dan tahu kan sebenarnya orang yang blog putih ni cantik. tibatiba lagi.

4. amiranaddia.blogspot.com - bukan sahaja cun. malahan sempoi. dari sudut pandangan saya, ayat dia buat saya berfikir "huyoo jarang orang cantik molek selambe dek macam dia, padanlah dia orang jawa rupanya" ya masih lagi tibatiba.

5. hana-ahmad.blogspot.com - yang ini hebat. nak meng-combine-kan ayat yang kaw dengan isi kehidupan agak tidak mudah untuk saya. tapi dia, berjaya.



ini antara yang saya telah terjumpa blognya. banyak lagi. beratus blog. cari jika berminat. cuekin jika tidak sekepala.


saya yang serius II


dengar sini. lighting tak selalunya sama. kalau gambar nampak cerah sedikit bermakna lighting tu menyebelahi diriku. bai.


ps: best ok buat muka serius. cuba buat sikit. yes anda maju selangkah dalam pembuatan mimik muka. hoyeh dan hoyeh.