Aug 13, 2011

tahu taktahu.




apa yang kalian tahu ialah saya seorang perempuan.
apa yang kalian taktahu ialah saya tiada abang.

apa yang kalian tahu ialah saya ada teman istimewa (hai bang ucieeeee hihihi).
apa yang kalian taktahu ialah saya anak bongsu dari empat adik beradik.

apa yang kalian tahu ialah saya ada bantal busuk.
apa yang kalian taktahu ialah sarung bantal busuk dia saya tak tanggal kan selama setahun. haha. kesahhhh. siot bau sedap gila. hm

apa yang kalian tahu ialah saya ada blog (like shit obviously, please lah).
apa yang kalian taktahu ialah saya ada [twitter]. err ucie pun ada [twitter]. jangan follow ucie kalau tak kenal. jelousnyaaaaa. haha

apa yang kalian tahu ialah Fyka Mohamed kawan baik rapat dekat gila nak mati rapat saya. ok dah sebut.
apa yang kalian taktahu ialah saya kenal dia masa form one. masa tu tudung dia labuh. haha.

apa yang kalian tahu ialah saya sedang bizi buat kuih.
apa yang kalian taktahu ialah bontot saya dah menipis seiringan dengan tisu bahu saya koyak disertai oleh pinggang yang sikit lagi nak roboh. demit.


ps: penat gila. kata Hamzah Ian, sahaja aku jual kuih kerana Allah juga kerana duit. saya modified sikit. sahaja aku buat kuih kerana nak shopping baju raya kerana duit takcukup kerana macam macam nak beli. Assalamualaikum.