Mar 16, 2011

kata budak budak kan.




sep sep sep.. tom tom tom.. sep atas sep bawah sep tepi sep belakang sep celah kangkang okay takde.

dahulu kala semasa zaman belum tumbuh bulu pubis, benda ini acapkali aku main. main dengan kawan. nak main dengan musuh tapi musuh sombong gila. dah kenapa entah.

bila pasal gaduh aku akan macam ni. tiap kali. saja nak sakitkan hati dia. "taknak kawan sudah nama engkau dolah tetek engkau sebelah kah kah kah!" bantai gelak, alaa kalau nak kira syok sendiri boleh la tahan. baru puas hati aku.


takde deh nak pakai pakaian maskot cenggini. tak vogeh.



ada lagi lagu ni, air pasar malam surut pukul lima.. nyonya bangun pagi siram pokok bunga.. lagi dah lupa. lepastu akhir sekali kena freeze. kalau gerak kena cubit. hoi berani beraninyewwwww nak cubit aku ya? ingat layak? okay cerita lama, sah sah takboleh patah balik kan.

kan. lagi banyak. korang tahu tak main letak sepuluh jari sama rata atas lantai lepastu kira kira sambil nyanyi then stop satu jari kena tanya lepastu apatah macam bangang. aku lah si bangang yang main tu.

banyak weh lagi. kan dulu lukis kotak kotak. main ting ting. ting ting tahu ting ting? lukis kotak kotak bentuk christ tu patu lompat satu kaki. tahulah gila takperlu ulas! *suara orang ramai. kayy fine lah tahu. permainan tu menjamin dada londeh oh kalau tak pakai bra.

satu lagi yang tipikal. sangat famous. main nenek nenek. eh tak tak, ni kot famous, police entri. oh ada lain! ice water kan? entah. semuanya aku main. aku sebagai budak perempuan pakai tudung jenis lycra tanpa melipat kiri kanan waktu kecil sangat terpengaruh dan tak hingin masa comel aku muram begitu saja. so not me.


ini lagi hantu. takkan nak main bogel bogel? tak gentle ah do.




perasan tak aku taksebut "eh aku dulu suka gila main patung barbie mata tutup buka lah macam macam hal atau patung bear" ? aku taksuka dan anti sebarang patung. takpernah memiliki patung ini serious tak bohong.

takdelah dengar orang cakap "eh eh awak ni omel omel angat eee gewamnyewwww!" -adaptasi dari sebuah video.



bila dah tua macam ni, bangang tak bangang, aku rindukan zaman keanakan ni semua.