Mar 7, 2011

gejala babi.





untuk makluman semua yang mengenali babi ataupun yang tidak, babi(pig) ialah sejenis haiwan yang hot dan famous. hal ini kerana, di mana mana pun jua orang akan menyeru nyeru namanya dengan effisien dan penuh confident.






"weh babi doh kau. kau makan cikedis tak ajak aku!"

selalunya babi ni tertuju dekat orang lain. jarang ya kita dengar "eh eh babinya diri ini! kenapa lupa nak makan dekat kenduri kahwin tu tadi!?" ada ke? jarangkan? kalau ada maknanya dia memang babi.


"babi lah dia ni! takreti nak panggil aku elok elok ke?!"

hairan juga, dia dok panggil babi ke orang lain tapi merungut orang panggil dia macam macam. situasi ini aku tak jumpa sangat. sekarang populariti babi kurang sikit berbanding sial. babi babi, nak tak kau buat facebook fan page? nak tengok juga berapa ramai like. manusia sekarang ni kan suka like like. kadang kadang like bukannya ikhlas. hanya nak stalk, nak tengok gambar, nak copy itu ini segala, paling ketara sebab nak kipas kipas biar tempias hot-mu melarat dekat si peng-like ni. tak gitu? hot-nate-gapo.


tadi ucie cakap kawan kerja dia makan perut babi. kelmarin makan sup kaki babi. tengok! dah kata babi tu haiwan. bukannya mencarut sangat pun(bagi sesetengah orang). fyi, kawan dia tu myanmarian non-muslim so sukahati dia lah nak makan babi ke anjing ke kan. aku dengar pun putus selera.


pada raya tahun yang sudah sudah, ada anak saudara ayah accident jatuh motor. sebab apa? sebab kena kejar babi. orang dah kata kalau babi kejar jangan lari straight. padah ni lah dia kalau lari straight. babi memang bermasalah. taktahu kenapa non-muslim obses babi. siap bela dalam rumah. krokkh krokh. eeeyuuuu -.-


boleh jadi ke kalau babi pupus kat dunia ni dan orang takkan mencarut "babi" lagi? boleh ke? boleh ke takkkk!?

p/s : aku selalu melatah babi bila tersadung. macam ni macam ni. "oh, babi." *nada lemah gemalai. sorry to say. tempias kebabian merebak kepada diriku. jahat budak jahat!