Nov 20, 2010

25 perkara rawak pasal ninja.



Adeqlaboo pagi pagi buta tuli dah tag aku. sudah lah aku jarang jarang kena tag. terima kasih kerana tag benda benda macamni. terujanya nak menjawab. hehe.

Naa. mungkin salah dimata korang tapi dimata aku macam ni lah aku.

1. dulu masa kecil kecil, aku obses daging lembu. semua pasal daging. lalu semakin membesarnya badan dan berubahnya hormone, nak hidu daging pun tak kuasa. mual.

2. seumur hidup aku aku tak pernah pakai skirt panjang dimana mana bila bila masa. ladiesnya. err no comment.

3. setiap kali aku bersenam takkan lebih dari 3 minit. setiap rutin aku pula takkan lebih dari 30 saat. pemalas gila !

4. aku pernah bersekolah arab dekat kelantan tapi hanya lapan bulan. jangan tanya kenapa. homesick :P

5. memang hobi perempuan bela kuku panjang (semua jari dan bukan hanya jari kelingking macam apek cina tu) tapi hanya sesetengah. aku lah golongan itu.

6. dalam pemakanan, aku sangat cerewet. itu tak makan ini tak makan (bukan alahan,memang). tapi kalau bagi menu nasi lauk ikan masin sahaja pun aku tak kesah. tanpa kicap. ya tanpa kicap.

7. aku sangat suka warna merah. kalau boleh nak lens merah nak tahi hidung semua merah. bukan sebab berdarah okay.

8. sesuatu yang menjengkelkan sebab aku suka tengok lelaki berurat. maksudnya urat dekat tangan timbul timbul. jantannya dia. kah kah kah. bagi yang tiada tu kira pemalas. opss salahkan aku.

9. aku sangat tak suka lipat kain. kalau ada pilihan masak dengan lipat kain masak aku pilih even goreng nugget pun hangus lunyai.

10. tido pakai stokin lepastu bantal letak dekat setiap angel keliling aku.

11. aku tak pernah suka subject mathematic. oleh sebab itu math aku selaaaaalu lumpuh. muahaha.

12. kalau pergi mana mana kedai makan yang bukan fastfood, air aku pasti dan memang yakin air kosong/mati. jarang sekali air berwarna.

13. upsr-3A 2B pmr-5A 2B 1C dan yang memburukkan result ialah math. dua dua tak A.

14. aku akan bawa bantal busuk aku kemana sahaja aku akan bermalam walaupun dekat family day office ayah. perlu.

15. kasut sekolah aku basuh cuma 5 kali dalam setahun. sepanjang tahun itu kasut aku kelihatan kusam tapi tak masam.

16. setiap pagi setiap hari (kecuali sabtu ahad public holiday) aku akan bangun awal sebab kena gosok baju kerja ibu dan ayah even aku tak bersekolah pun.

17. aku tak layan cerita hindustan. tak hero mati heroin yang mati. macam tu jela jalan cerita diaorang. lepastu lawan tumbuk tumbuk nyanyi pakai suara orang lain.

18. tinggi aku tak lebih 160cm berat tak lebih 45kg tapi mempunyai double chin. ah shit. itu yang slack tu.

19. birthday aku pada 18 march 1993 dan birthday muhd ucie 01 march 1993. siapa menang kategori muda ? aku.

20. pantang aku kalau ada orang kacau hal aku yang membawa padah buruk. memang kau siap kau *mata kecil sebelah kening naik sebelah diri senget sebelah. konon taiko lah ni.

21. seorang yang sukakan benda romantis. ah bukan jiwang !

22. menyanyi dalam bilik air sekurang kurangnya 5 lagu. pehh macam concert. kah kah kah. biasa lah siapa je yang tak menyanyi dalam bilik air.

23. aku boleh bertukar dari lemah lembut kepada kasar dan seterusnya kepada pergaduhan mulut bila tiada mood. walaubagaimanasekalipun, aku mudah cair. ahh lemah gila kau ni pyka !

24. aku suka menjawab bila aku rasa aku tak bersalah. ustazah selalu kena. banyak ujian dia jadi ustazah.

25. aku anak bongsu dari empat adik beradik yang kesemuanya perempuan dan aku bukan anak bongsu yang jenis 'semua nak semua dapat'. tidak.

26. aku sangat senang ketawa dan tersenyum. kadang kadang aku sendiri cakap sendiri ketawa. hahaha. tengok tu ketawa sorang sorang. shit.

oh terlebih satu fasal pula.
akhir kata, aku tag benda ni kepada 5 orang :