Sep 14, 2017

I am a Mommy!


Assalamualaikum.

So it has been awhile since blog ini terisi. Sampai tetibe i pun dah beranak. Dan anak i dah 20 hari di dunia yang fana ini. 

Alhamdulillah. Allah telah izinkan i beranak secara normal pada 25 August 2017. Walhal due date i 12 September. Baby sangat teruja ya nak jumpa mommy daddy nya yang awesome. Hew hew

Masa pregnant agak mencabar untuk i. I kena kencing kotor sampai warded sebab dah terjangkit dekat buah pinggang. Banyak kali i kena bukan sekali. Bukan beshe beshe. Haha. Tapi syukur, Allah sayangkan i dengan baby Allah pelihara baby walaupun i kena makan banyak antibiotik. Runsing oo ubat banyak masuk dalam badan. 

Setelah baby berada dalam dakapan perut i selama 37 minggu 3 hari, beliau pun terlahir. Normal. Episiotomi (kena gunting sikit dan jahit). Baby sihat berbekalkan nutrisi (lah sangat double cheese burger i bantai) i salur padanya, dapatlah 2.74kg. The moment i saw my baby for the first time, itulah moment paling teruk indah dia. I love you baby. Please baca blog mommy once you boleh membaca nanti. 

I masih tak percaya yang i (yakni seorang manusia under weight dengan ketinggian 150cm) telah dengan sangat berjaya melahirkan anak. Allah dah makbulkan doa i, Allah permudahkan urusan i. Suami i, ya ampun surely the best person on universe and dimata i sahaja. Dari baby i seorang embrio sampai jadi seorang manusia lengkap, phewww takkan ada orang boleh ganti tempat husband i hiks. Thank you cayunk ucuk acam ayeeee.

Saat melahirkan. I dapat pre term contraction masa minggu ke 34. Kena warded tapi baby acah acah je dia bagi salam perkenalan awal awal. Taknak keluar pun lagi. 

Tetibe minggu ke 37 tu i kerap rasa contraction kecil kecilan. Boleh dipertimbang. Sehinggalah 25 august, dalam jam 3.30 pagi i dah start rasa luar biasa. Pappp sekelip mata jam 6 pagi ada lah sesuatu tapi bukan darah bukan juga air ketuban. So i decided untuk pergi hospital. Check check dah buka 2cm. Warded. Masa berlalu, jam pun dah 2 petang. Masih 2cm. Contraction semakin terasa kuat dari semasa ke semasa. So i berjalan lah kulu kilir nak bagi jalan tu terbuka cepat (taknak sampai berhari hari wei warded dah lah makanan hospital cam buelkkk haha) sehinggalah jam 8 malam hari yang sama, i minta nurse check. Baru 3cm. Hanya Allah yang tahu gundah gulananya hati i. Lama lama tu baru jalan satu cm T.T haha. Tapi sememangnya Allah sangat sayangkan i, sejam kemudian (pukul 9 malam) tengah dalam contraction yang sangat meronta ronta itu, air ketuban i pecah macam paip bocor. Leaking. Kena tolak masuk labour room. Bukaan jadi 6cm terus. Pappp magic berlaku lagi, sekelip mata dah jadi 7cm. Zapp zupp zapp jam 10.43 malam i selamat melahirkan baby yang comel macam i haha terus hilang sakit semua demi Allah perasaan awesome gila i cant never describe how awesome it was. 

Kelegaan i seketika sahaja. Sebab jahitan dari guntingan tu memang perit macam tahik i cakap. I ada rasa kena inject (which i think masa tu itulah ubat bius) and sumpah kalau itu lah bius, ianya tak layak dipanggil ubat bius. Jarum ditusuk masuk dari kulit, benang diketatkan (tahu kan kalau kita nak ketatkan benang kita tarik dia kuat kuat supaya jahitan tak terbuka) i rasa cam nak mati tau kena jahit hidup hidup. Takde sesaat pun ubat bius tu berfungsi i hampa dan kesal gila. Hm tapi apa nak kisah, i dah dapat anak alhamdulillah.

Bagi i sakit contraction comes first, pastu sakit dijahit. Lain lain tu i tak amik port. Sakit kena gunting? I tak perasan pun bila i kena gunting ! Haha 

Ok need to feed baby. Tunggu lah berapa tahun baru update blog. Mungkin bila second pregnancy? Haha bye !