May 30, 2014

Ke mana kita?



Orang caci hina dia.
Sebab dia gemuk pendek hodoh hidung kemek

Orang tak pandang kualiti perkataan dia muntahkan
Yang mungkin menarik kamu kamu dari jatuh ke lubang neraka
Yang bakal menyelamatkan kamu kamu dari lumat disebat Malaikat

Semata dia BURUK RUPA.

---

Orang setuju padu setiap butir dia luakkan.
Biarlah buruk
Biarlah jelek
Biarlah tak masuk akal
Biarlah bodoh
Biarlah bertentangan agama

Sebab dia cantik putih gebu kurus terkenal.

Manusia dengan pedoman
macam langit dengan bumi.


Masih fikir nak masuk syurga Tuhan?


Mimpilah.