Mar 14, 2013

That person,





Kita semua ada satu kawan yang memang tahap IQ dia macam "damn, makan apa do masa kecik kau ni?".

anda takde? rugi rugi. patutnya ada satu, supaya anda boleh analisis kesombongan dan ketakkaburan dia yang serupa peminta makan kaki. sangat menghiburkan, adakala macam nak ludah.

dalam dunia ni, berapa peratus sangat manusia brilliant. nak nak dah dunia akhir zaman ni. otak dah jadi kaki kaki dah jadi otak. akal dibawah bodoh melonjak. tapi barangsiapa yang duduk dalam kalangan brilliant tak perlu underestimate other people because you know somehow, Allah could take your specialty in a blink of the eye.

nabi tak ajar kita jadi riak kalau pandai, nabi tak ajar kita bangga diri bila pandai.

lantak lah nak rasa paling hebat dalam kandang, kalau satu hari nanti dah jatuh merudum, ingat ni; senyuman kawan kawan yang kau gelakkan kerana banyak grammatical error masa kelas, ingat bunyi gelak syaitan kawan kawan yang kau duk geleng-geleng kepala sebab tanya soalan dekat lecturer.

"kenapa kau berlagak eh?"
"sebab aku genius." (dialogue peribadi dah tak jadi peribadi mana dah)

tengok feedback yang diberi.


hidup ni ada naik ada jatuh, kawan. bukan nak berdendam, tapi kita orang tengah tunggu masa je bila kau nak menangis. tak menangis di muka, menangis di hati pun takpe. nak tengok sejauh mana idealnya kepintaran dan kebongkakkan kau bertahan bersama.

semoga sukses.