Jan 22, 2013

cakap rawak




masih ada orang menanti aku untuk bersuara di sini? takde? sorang pun tak tunggu aku? hm

peduli pulak menanti tak menanti. haha hai lamanya meninggalkan ninja terkial kial sebatang kara wal forever alone. aku sebenarnya kekal sebagai seorang wali kepada blog ini cuma aku tak kuasa dah nak update blog setiap hari untuk hari hari yang sebelum entri ni muncul.

setiap hari ada benda baru berlaku tapi tak mungkin aku jaja setiap inci panca roba hidup aku. natijahnya apabila sudah lama tidak bercengkerama dengan blog, habis panca roba semua keluar siap bernatijah segala. pilu rasa.

setakat 19 hari dekat kolej, telah berlaku 3 kali histeria. ulang suara, 3 kali. pelbagai ritma jeritan dipertaruhkan. takde satu pun yang lunak dan menggiurkan :( supaya lebih real dan horror, aktiviti itu telah berjalan dengan jaya dan gigilnya di bilik aku. teruja bukan? katakan ya. tapi takde pulak kecoh macam apa yang jadi dekat Uitm Lendu tu. boooya haha. eleh nak main bashing lah tu. apa apa pun kuantan amat bercuaca lembap sekarang.

pernah faham tak perasaan orang yang mengalami kemurungan dalam hal kipas siling? sudah dipasang angka 5 tapi aku rasa angin dari kentut kawan aku lagi mengagumkan kot.


daya apakah yang membuat aku untuk berada di panggung ninja malam ini? mungkin ketularan depresi berat.