Dec 2, 2012

Muka surat tiga belum siap



Assalamualaikum.


rilek dulu ni bukan pasal cuti cuti cherating tu. ni pasal satu benda yang macam kurang bijak tapi kelakar tapi menyampah tapi ada jugak annoying tapi sangat tak pandai tapi nice try tapi bahalul sikit tapi macam cute-tuih beserta haru-biru. kelam kabut semua nak cakap. haha

recently lelaki kegemaran telah menambah kawan dekat facebook di mana istilah sebenar kawan yang dimaksudkan adalah seorang faker. no. dua orang fakers.

jadi, dengan hati yang kegirangan, lelaki kegemaran telah meng-add berapa ketul account palsu, manakala  aku juga add beberapa lagi account palsu. tanpa dijangka dan disangka dua antara faker-faker yang wujud sebentar tadi menerima request kita orang. tan...tan....tanjat oboii :(

selalunya bila add faker sendiri takde yang nak approve, takpun account lelaki kegemaran telah di block awal-awal oleh penipu(s) besar itu.

segala kemuncak gossip ini menyerlah dengan sinar dan jayanya apabila satu kebodohan telah dicipta sendiri oleh faker itu. dan ianya adalah silly mistake oleh seorang faker. ya Allah kebodohan apakah ini.



*untuk yang kurang jelas tulisannya, mohon cari kanta pembesar. sila focus pada red box. dia berusaha menjadi aku, tetapi percubaannya gagal. walau bagaimana sekalipun, masih ada jua yang tertipu. macam mana pulak dah tulis situ ada account twitter je tapi masih boleh muncul facebook ni? sudah lah birthday aku pun bertukar bulan August. this kid ahh!

pasal itu orang kata, kasi sekolah habis dulu, baru pandai(sikit) nak menipu menggunakan akal. haih aku dokleh gini nih. gerang ni gerang.

tambahan. this. berani berani dia love kan muhammad shukri rosli aku. lancau gila. haha




PS: rakyat jelata, tolong kasi block account fake kalau terjumpa dekat facebook. atau korang boleh search je pyka rahmat & syafiqah huda di facebook. mana keluar muka aku tu BUKAN aku ok. Bukan sama sekali. haa kan dah warn pakai red color bold lagi. mohon block semua untuk aku. please? jangan sebab account tipu ni, ada lelaki couple dengan 'pyka rahmat visual'. benda serius dah jadi weh. haha. thank you.