Dec 6, 2012

Betapa pentingnya intonasi





Fine Fyka Mohamed cerita pasal kasut-kasutnya. aku pun nak jugak! haha kejap ya aku nak beri perhatian kepada motif yang utama dulu.


Kadang-kadang intonasi itu penting untuk sesetengah perkara. bila intonasi tidak tepat, maka ramai yang  menggelupur dan secara tidak langsung berkecimpung dalam aktiviti salah faham. mungkin salah faham hari ini, mungkin esok, lusa, tulat, tonggeng dan mungkin juga salah faham buat selamanya selamanya selamanya Harimau Malaya lelelelelele ooooo aaaa ok i am serious. *mata sebelah kecik sebelah besar*

bagi princess seperti aku, ehem(korek hidung) aku mempunyai bermacam nada dan intonasi semasa bercakap. jadi aku terapkan intonasi itu dalam penulisan aku dan sewaktu komunikasi di alam visual. dan bagi aku, bukan semua faham intonasi dan nada aku macam mana kecuali orang yang selalu dengar aku bercakap itu seperti apa. (tampal taik hidung dekat bawah meja. *lama rally korek hidung*)

bila bercakap muka-ke-muka, jelas tak perlu nak mensi tanda soal atau noktah atau seru. contohnya; weh engkau kentut tanda soal tanda seru tanda semua tanda nak letak. tak perlu ini tak perlu. tapi, bila sampai dekat alam visual, make people interested in your words please. tanya ke buat statement ke syok sendiri ke entah lah. apa pun tak boleh.

ya tidak dinafikan nada dan intonasi aku kadang-kadang mengelirukan sehingga terjadinya salah faham dengan kawan-kawan. tapi yang pasti, aku ulas semula antara dua; aku tanya, bukan buat statement dan vice versa. tiada lagi salah faham, tiada lagi kebocoran! yay! hidup Ultras Malaya! *muka bengis*


cerita lain! kasut. apa itu kasut? barangkali kasut adalah makhluk penting dalam kehidupan. bukan kehidupan seharian tapi kehidupan. tak penting kamu bilang? memang tanpa kita sedari kita pergi rumah jiran sebelah pun masih memerlukan kasut. tak kasut pun paling busuk selipar jamban yang bintik bintik tu.








































well expect aku nak cerita pasal kasut?  hell no yaw. haha assalamualaikum.