Oct 31, 2012

sebahagian peringatan



Semalam.

dapat seruan pergi ke majlis solat sunat hajat. selama ni lebih kepada kawan dengan jin. solat pun lopong lopong. hm alhamdulillah, telinga ni disuap dengan satu tazkirah yang memang bertepatan dengan waktu dan situasi.

dengan kehadiran ustazah yang agak-agak comel macam aku dan suara merdu macam suara aku dan emm susah ah nak cakap. pokoknya wangi pun macam aku. gila betul. kadang kadang keliru aku ni aku ke dia tu aku. hm

jadi, tajuk ceramahnya pasal silaturrahim. untuk lebih lanjut apa itu silaturrahim boleh langsung tanya pada toyol enjin kita semua, tak lain tak bukan google. kalau nak tradisional sikit boleh rujuk kamus dewan bahasa yang color hijau.

sekarang ni apa yang nak aku cakapkan, sebagai Muslim, jatuh haram hukumnya memutuskan silaturrahim dalam keluarga. definisi keluarga tu sendiri bermakna sesama Islam, bukan dengan darah daging sahaja.

alhamdulillah, setakat ni entri ni lah aku rasa yang paling berguna untuk semua umat. haha ok serius.

maka disini saya ingin nyatakan bahawa kalau anda salah seorang peminta maaf, dah minta maaf secara baik, hantar sms pada orang-orang tertentu lalu orang tersebut tidak mengendahkannya, ustazah yang comel tadi kata biarkanlah. at least kita dah cuba so assalamualaikum dan senyum je cerita dia.

beliau menambah, barangsiapa yang suka-suka nak putus silaturrahim ni, dia tidak akan bau syurga. neraka jahanam adalah berpatutan dengannya. nauzubillah.

sesungguhnya saya, Syafiqah Huda binti Rahmat ingin menitipkan salam ukhwah kepada kawan-kawan lama saya, kawan baik saya, kawan tadika mahupun kawan sekolah agama. bahawasanya saya tidak lupakan anda semua sehingga kalau terjadinya hilang ingatan ke apa. ayat pun dah tunggang terbalik. faham dan dalami apa maksud saya. kalau tak faham jangan salah faham. tanya.

semoga hidup kita semua dipermudahkan dan jauh dari sebarang fitnah. amin. ya bercakap sebagai seorang muslim, bukan ustazah. maaf jika tersinggung.