Jun 9, 2012

surat kepada lelaki adiktif




aku akui, kamu lebih putih.



menemui Muhd Ucie,

relationship ini patut lebih panjang lagi. seperti mata memandang langit yang luas tak bersegi juga seperti mata memandang laut dan taktahu dimana letak punggung laut. bersyukur 21 bulan bersama kamu tanpa problema. mohon jauh dari segala salah faham. memang detik perjalanan cinta tiap orang berbeda dari yang lain. aku terima kamu, kamu terima aku. dapat juga serba sedikit mengupas selok belok perangai kamu. baik buruk kacak hodoh. simpan memori memori favurit dalam ingatan dan bila rindu, tutup mata kamu rapat rapat pastikan momen indah itu buat kamu tersenyum. kamu memang lelaki kegemaran sampai bila bila. terima kasih to infiniti buat segala yang telah kamu salur dan hulur. i love you.


sampai ketemu lagi,
Syafiqah Huda Rahmat.

sempat berjumpa kamu, kamu makan dengan banyak. amat melegakan apabila melihat kamu kekenyangan begitu. jarang jarang kan.




oh ya. terima kasih buat keluar duit belanja main roller blade.


entah kenapa aku begitu yakin yang aku lebih comel berbanding kamu. haha


kalau ada yang tanya dekat mana kita, jangan beritahu yang kita dekat Times Square.


dua hari berturut jumpa kamu, masih tidak cukup.


surat ini bukan surat biasa. kalau perlu, tangkapkan gambarnya dan bingkaikan. jangan lupa yang di Atas. jangan lupa ibu bapa. jangan lupa aku. semoga kamu sentiasa sihat dan tidak menjauhi aku. selalu support. Assalamualaikum.