Feb 18, 2011

bakal pengganti ramli sarip.

assalamualaikum. ha sekarang condition tak berubah juga. flu tetap masih stay tune taknak lepas. apa yang best sangat dekat aku sampai flu melekat macam ni sekali? tahulah aku peng-resdung tegar. fakap siakap cap goh mei. tah pape.

yela yang tu takde kena mengena dengan ramli sarip sarip dol dolah saleh. pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat. lagi takde kena mengena. sia sia je entry ni.


nama encik artis : irfan hakimi.
umur encik artis : sikit lagi dua tahun.
hobi encik artis : melakukan kerja yang aneh pelik dan busuk tapi sumpah comel.







biografi encik artis.

seorang lelaki gentleman yang bajet macho. rambut belah tepi kadang kadang belah tengah mama sikatkan. memang tak stylo tapi dia sangat feel waktu mama sikatkan rambut dia. siap tutup mata. kejadah. kulit putih melepak ikut mama. perut subhanallah buncit. tapi comel gila. makanan kegemaran tablet susu kambing goreng pun sodap. minuman kegemaran ialah laici tapi hanya makan buah laici air laici taklayan. keturunan banyak. minangkabau campur javanese campur malay campur kelantanese. kalau nak campur bugis boleh je. ikutlah sesedap rasa. dan paling menarik tentang encik artis, tak lain dan tak bukan. membabai segala benda yang dia rasa perlu babai contoh macam kereta, terowong dan pakaian yang baru dia tanggalkan. latest yang dia babai ialah honeystar yang dia tumpahkan atas lantai. oh ya dia juga kutip honeystar tu pakai mulut dia balik takguna tangan. habis tertonggeng. lagi aku takfaham rutin dia. kbai dah habis pasal dia.


ni video dia yang terbaik. lihat bila meneran. part tu dia memang boleh ganti ramli sarip. aku sebagai manusia biasa memang takfaham apa dia nyanyi tu. aku haha-kan saja. enjoy.



video