Jan 28, 2011

nenek saya.


Assalamualaikum. semalam aku ikut kakak aku bawa awa(nenek) pergi klinik kesihatan Kampung Pandan Kuala Lumpur. jangan tanya kenapa aku tak panggil nenek atau wan atau tok whatever crap sebab sebelum aku lahir kakak paling senior dah panggil nenek aku awa. kejadah nenek jadi awa kan. entah bedal jela.

sampai dekat klinik tu aku dah macam mak kassim oh mak kassim. pegang satu barang jatuh. dah kutip satu barang satu lagi barang jatuh. kelam kabut takyah cakap. waktu tu juga,

"kah kah.. ahmik tuh.. kehrusih rohdahh.. ahwah semhputh.. dahh takhtahanh nihh.." kata awa dekat aku. okay kenapa ada huruf h melambak kan. awak orang baca lah macam orang mengah tengah bercakap. macamtu lah awa sambil sapu sapu belai manja dadanya sendiri. dan kah tu bukan gelak ya, kah tu ika. panggilan manja family aku. muahaha.


dah dapat kerusi roda, selipar awa pula tertanggal. macam macam lah kan tengah in hurry macamtu. haihh.

aku pergi dekat nurse cakap nenek semput. nurse buat muka toya jalan kengkang. nasib cun. dah bawa pergi bilik doctor doctor suruh bawa bilik kecemasan bagi oxygen. aku menanti bersama kakak. nurse cun cun berkerumun pehh nasib aku perempuan. deme kecek kelate pekat. make budu tokleh nok benti.

shrett pok pek pok pek abang doctor siasat kakak pasal awa. amboi abang. abang ucie jangan marah doctor tua mungkin dah boleh suka awa. sebenarnya baru seminggu awa keluar dari Institut Jantung Negara(IJN). sebelum tu kena admitted dekat HKL 19 hari. hospital ni kira rumah kedua lah juga.

abang doctor call HKL. blablabla.. awa perlu pergi HKL. dengan kadar segera. part yang ni best. aku naik ambulans sekali. wuuuu *muka bangga. terujanya saya lain macam sangatnya lah kan kan. ingat senang senang nak naik ambulans pakai siren hon hon pin pin yang macam kita selalu tengok bila ada kecemasan? susah okayyy. inilah peluang keemasan.



kalau nak rasa suasana dalam ambulans sila click play. untuk orang jakun sahaja. oh ya kualiti video memang langsung zero. yela kan handphone sony W580i je. bukan iPhone dari Jepun T.T



aku terlampau teruja sampai record video kurang 1 minit ni. silalah faham aku jakun yang amat. silalah juga berasa jelous sebab semua kereta bagi laluan. padahal jalan jem gila. dari klinik kesihatan kampung pandan ke HKL dalam 10 minit ++ lah sikit. tak pula aku peduli berapa minit. kata teruja duduk dalam ambulans. oh ya pengalaman kita dalam tu. welk nak muntah. sekejap brek sekejap drift sekejap aku nak tergelongsor dari seat sekejap nak tercium seat depan sekejap sekejap sekejap. boleh gila.


dan akhirnya sampai. muka riak gila turun ambulans india pekerja pandang pandang macam takpernah lihat. tahulah aku comel. fine. kahkah. dalam 4jam jugaklah tunggu awa apa semua. last last awa kena transfer balik masuk IJN. choii. naik ambulans lagi sekali. kali ni pak guard pula lambai lambai tangan. okay tipu.

kiranya semalam hari-saya-di-hospital lah. awa ada masalah.. arghh macam macam. doakan jela kesihatan awa.

p/s : waktu dekat klinik kesihatan kampung pandan tu ada kelas mengenai AIDS dan HIV. aku dengar. aku amati. nurse tanya seorang lelaki, "macam mana boleh dapat HIV?" lelaki tu jawab sempoi, "mainlah!"

tett no comment.