Jan 26, 2011

cerpen : rempit sebagai karier.




seperti biasa, apex akan bangun dari tidurnya seawal 1200 pagi. waktu siang sekadar di pinggiran. waktu siang tiada apa nilainya berbanding malam. malam ibarat syurga sementara. penuh dengan bohsia. apa lagi bohjan, lesbian, gay arghh semua complete.

setiap kali bangun pagi ialah permulaan hidup apex yang gembira. apex bergerak tangkas macam baru lepas makan pil yang berkenaan. laju tangannya mencapai tuala kegemaran printed gambar noraniza idris. ya. ianya sedikitpun tidak mencemarkan identiti apex sebagai rempit. siapapun tidak mengetahui rahsia apex kecuali pet kesayangan dia, kucing parsi betina gebu-gebu.


usai mandi gosok gigi pakai gel brylcream setepek buat rambut ala ala tomok pasang lens pink tube top dan sarungkan topi, apex akan bergambar dengan ghairahnya. dari sisi 35 darjah seterusnya 90 darjah. jika berkesempatan setiap sudut geografi mahu ditangkapgambarnya dengan tekun. itulah apex yang menghayati hidup dia sesuka dia.



"hobi cye snap pix dari pelbagai cuduwt and upload kt myspace....cye tucx cukew kcaw idop owg len...cye adew lens pink tubetop, cbuah blckbewy pink b'cetew supra..awuck adew kew......?"
(hobi saya snap picture dari pelbagai sudut and upload kat myspace. saya tak suka kacau hidup orang lain. saya ada lens pink tubetop, sebuah blackberry pink berserta supra. awak ada ke?)


dengan jalan yang mendabik dada memakai baju bertulis "saya sayang makwe saya", dia segera mencapai helmet yang dah nak roboh katanya oldschool. menaiki ex5 milik arwah ayahnya membuatkan dia bangga kerana kawan seperjuangannya hanya mempunyai basikal bmx besi dah karat sikit. memang mendabik dada apex bila berjalan kaki siap seperti askar berkawad. tanpa berlengah, apex menunggang ex5 bapanya demi meneruskan karier sebagai rempit yang berjaya. *i mean bergaya



p/s : apex taknak lagi cerita peribadi dia di soksek soksek. dia cakap enough is enough life must go on. i am tired by famous amous. puhleaseee.