Dec 12, 2010

segak.




Indah ciptaan Ilahi. Tiada dapat ditandingi oleh siapapun. Walau si penyihir mahupun ahli bimasakti para dewa dewi.

Perkenalan bermula. lantang bersuara tanpa kekok dan huru hara. Perbualan dirakam dalam ingatan. menangis meluahkan perasaan. jarang sekali di tolak permintaan aku semuanya dipenuhi dengan tulus. terima kasih.

Lantas kelamaan. menjauhi aku perkara wajib. takut terhampakan oleh diri. itu yang kau mahukan. aku tak faham. aku tak dapat apa yang kau cuba sampaikan.

sedarkan aku.
dek kekayaan indah ciptaan ya Rabbi.

kau kembali. menziarahi kehidupan. semakin lama semakin menghampiri. satu persatu kau cuba merungkai. tanpa menyedari hati terpaut. masing masing perasan itu.

sekalian alam mendengar. apa yang kau perkatakan waktu itu. menarik perhatian. memeriahkan suasana malam satu syawal. terbukti manusia berperasaan seperti sutera. lembut disentuh, kasar jika tidak diselami.

tidak sah kalau ditinggalkan. tidak menjadi hari kalau terpisahkan oleh anasir canggih. tiada tawa kedengaran kalau keduanya terdiam kaku. sunyi hari seperti lautan terbiar.

kadang kadang kejujuran memerlukan keberanian. kadang kadang penipuan memerlukan pemikiran, kadang kadang kemarahan menguji ketabahan. kadang kadang pergaduhan membina kekuatan disebalik perhubungan.

sedarkan aku.
dek keterlekaan, kealpaan dan kekhilafan.

sekiranya hati boleh berkata kata. untuk bertemu "one-on-one". berilah kekuatan. supaya sampai lah hajat tukang karut. menyampaikan maksud sebenar. kenapa menyayangi. kenapa merindui. kenapa memerlukan.

jangan sesekali meragukan. syaitan tidak pernah berhenti memporak perandakan. syaitan tidak kenal apa itu putus asa. natijahnya, ketergodaan bisikan sang iblis, kita musnah.

yakinlah. tuhan membantu. menghidupkan kesenangan atas dasar kesusahan. perlunya kesabaran menjalani. perlunya kepercayaan sebagai medium kepada kecintaan masing masing.

Engkau segak. segalanya mungkin. arghh.

sedarkan aku.
dari tenggelam oleh kelebihan duniawi.
Tuhan Azza wa Jalla.