Nov 22, 2010

Pekan dan telurnya (bukan lucah)



Suatu hari mak minah pergi ke sungai lui sama seperti yang dipuisikan aizat. mak minah beria-ia nak tangkap ikan tembakul. mak minah kempunan telur ikan tembakul semenjak suaminya mati diserang todak dekat sungai yang sama hari yang sama tetapi tarikh yang berbeza iaitu dua minggu lepas.

mak minah pergi ke sungai secara sempoi gayanya. lagak aksi berkemban tak ubah seperti anak mak leha yang suka sidai kain sambil jalan lenggang lenggok itu mempengaruhi mak minah. untuk lebih lanjut, mak minah adalah bekas persatuan minah rempit malaysia.

hari itu mak minah berjaya menangkap seekor ikan tembakul betina. mak minah berasa bahagia sehingga menitiskan air mata. mak minah sujud syukur selama 2 jam. betul mak minah ni dah bertaubat. mak minah membawa pulang ikan dan kegembiraannya bersama ke rumah.

mak minah mempunyai sepasang anak, melati dan pekan. melati adalah kakak. pekan pula adik kepada melati dan memiliki setoncit rambut berdekatan halaman dahinya yang luas tak ubah seperti gimnasium. malam itu, pekan merengek rengek mahukan telur tembakul.

"nak telur kak ! nak telur kak !" menggedik betul si pekan ni menangis.
"kakak takde telurlah pekan. itu telur mak yang punya. pekan makan sahajalah kepala ikan piranha ini ya ?" si kakak membalas sabar.

pekan tidak menghiraukannya. dia merampas telur tembakul yang berada betul betul dihadapan biji matanya yang tersembul. "nyanyanyanyaa !" ejek pekan sambil buat bunyi kepada kakaknya.

mak minah balik. dia melihat telur ikan tembakulnya lesap. mak minah sungguh kecewa. marahnya mak minah pada melati sampai menyumpah.
"menjaga telur yang sekecil itu pun kau tak boleh harap ! macam mana kau nak jaga yang besar besar !?"
mak minah lari laju macam watson nyambek. anaknya mengejar dari belakang. oh tragis.

sambil berlari, mak minah berdoa buruk supaya batu belah menelannya mati. tetapi lain pula permintaan anak lelakinya pekan,

"mak jangan balik lambat mak ! mak balik nanti tolong belikan BALSEM GOSOK HIJAU HARUM UNTUK GOSOK GATAL DAN KERIK pada badan pekan ni mak ! VICKS pun boleh lah mak !"


P/S : seharian perut aku sakit. cerita yang last ada kena mengena. aah shit. harap esok keadaan pulih dan sihat. esok nak SPM dah.